Monday, December 8, 2014

Part 4 : Inspiring destinations down under the Australian sky

Georgiana Park | Cape Leeuwin Light House| Margaret River Town | Margaret River Chocolate Factory, Cowaramup | Baileys Apartment



Salam semua pembaca blog kami.. Harini sampai hari keempat aka part 4 perjalanan kami sekeluarga di bumi kangaroo-Perth ni.

Semalam memang kami dapat tidur yang lena kat Augusta Escape tu..hehehe nak tau sebab apa..tengok kat Trip Tip kami pasal penginapan sepanjang kami kat sini.Kalau di ikutkan lepas solat Subuh pukul 4 pagi tadi dah boleh siap-siap nak keluar. Tapi nak pegi mana awal-awal pagi ni kan..Cape Leeuwin lighthouse pukul 9 pagi baru buka..so memang sambung tidur je lah semula..

Lepas masak pagi tu kami keluar awal sikit nak tengok kawasan yang dekat-dekat laut sebelum sampai ke lighthouse. Kami jumpa Georgiana Park ni. Actually tak tau juga nama kawasan ni, sampai kami baca sejarah tempat ni kat satu sudut tu..Ambil gambar kat sini, anak-anak sempat lagi main buaian kat taman ni.




Ni ada sorang pakcik ni selamba je berenang pakai suar pendek sejuk-sejuk ni..huhuhu








Kat sini ada cerita pasal sejarah Augusta ni sikit



Dalam setengah jam jugak lah kami kat kawasan ni sebelum ke lighthouse. Di lighthouse ada tiga jenis pakej yang boleh kita ambil
i) Cape Leeuwin Precinct (ni jalan sendiri dan dia bagi audio tour ala 2walkie talkie tu)
ii) Guided tour sampai tower + self guided audio tour (ada guide yang bawa kita)
iii)Ultimate Pass termasuk tiga gua ni-Jewel, Lake dan Mammoth ...

Info pasal Cape Leeuwin lighthouse boleh baca kat sini dan sini juga.






Gambar dulu sebelum jalan-jalan



Ni audio tour yang dia provided kat kita. Sampai je tempat stop macam gambar bawah ni kita tekan nombor pastu dia mula lah pot pet pot pet hehehe




Kat bawah tu dia tulis no 2, so tekan no 2 pastu dia explain kat mana.. Sebenarnya baca pun ada gak
Yang ni tempat yang mesti orang ambik gambar..
Walaupun nampak panas, tapi angin kat sini bertiup kencang..memang sejuk lah


Ni kat kawasan belakang lighthouse, pertembungan antara Southern Ocean dan Indian Ocean..memang kuat air nya

Masa sampai di point ni kami sekali lagi berasa sangat bersyukur dan macam tak percaya, akhirnya kami berjaya sampai ke sini. Masa di sini puas lah mama dan papa nak menjawab soalan tahap profesor daripada Haziq seperti misteri kehilangan MH370. Dari rumah dok sebut-sebut Indian Ocean, finally we are here. Angin di sini sangat kuat, kami tak bawa tripod yang ditinggal dalam kereta sahaja, jadi bergambar family ni letak atas pemegang kayu je. Risau oo.kuat giler angin bertiup macam nak jatuh kamera gedabak Nikon D90 papa tu..hehehe..

Gambar ni Mya yang ambik..cam biasa lah hehehe
Model posing bergambar nak buat poskad
Ni sorang lagi hehe
Ok dah nak balik...gambar last before jalan balik

Lampu yang digunakan kat dalam lighthouse..yang ni replika sahaja
Kami seterusnya meneruskan perjalanan untuk ke Cowaramup Margaret River Chocolate Factory. Perjalanan dari sini mengambil masa lebih kurang 50 minit dengan jarak perjalanan 64.5 km mengikut GPS kami yang setia tu. Sebelum sampai ke kilang coklat tu, kami singgah jap kat pekan Margaret River ni. Katanya Chef Wan akan datang kat sini dalam 2 minggu lagi. hehehe..Sebenarnya kami nak ke farmasi untuk beli lip balm dan shampoo untuk Mya. Sambil-sambil tu jalan ambil gambar dulu..Banyak pulak tempat menyinggahnya ye...huhuhu



Pekan Margaret River ni cantik juga..comel, bersih dan tenang macam pekan-pekan kecil yang biasa kita temui dalam perjalanan ke selatan WA.

Anak-anak berposing saja lah korang..di atas ni adalah gambar di depan kedai cenderamata.

Ada juga supermarket Coles di sini. Bersih je jalan dia kan..tengok lah tu


Kappadokia Kebab di Margaret River. Masa kami di sini tak sempat nak google plus kami pun tak plan nak lunch di sini. Ada juga masuk kedai ni, nampak ada org Turki yang run the biz, tapi takde pula sign halal. Bila dah lepas google jumpa sini halal rupanya. So kalau you all nak makan di sini InsyaAllah boleh makan ye. Lagi pun kan kami dah bawa makanan siap-siap..hehehehe

Finally we reached Margaret River Choc Factory yang terletak di Cowaramup. Tak sabar-sabar nak masuk ke sini nak makan coklat banyak-banyak..

Actually selain dari di sini (sangat jauh dari Perth CBD) ada dua lagi branch dia satu di Swan Valley yang terletak 5 minit je dari Caversham Wildlife Park, (kami repeat visit di sini tau) hehehe
lebih kurang 15km dari Perth CBD. Dan satu lagi, ada juga betul-betul di tengah bandar (yang ni kami tak pegi). Di CBD ni ialah concept store sahaja, tiada kilang yer. Kalau nak beli coklat boleh, nak tasting tak sure la pulak.. Ok..baca kat sini untuk maklumat lanjut.


Ok..kat sini boleh tasting coklat sampai lebam kenyang..tapi tak boleh letak dalam bekas, tak boleh berebut, dan ambil dengan spatula provided only. Kalau budak macam Haziq tu 7-8 kali kot dia dok repeat makan coklat tu..nyum nyum...

Ni yang display ni ada harga di situ. Tapi kami tak beli pun. Kami cuma beli coklat pastil tu sahaja..
Kami juga beli aiskrim scoop. Makan eskrem cuaca sejuk-sejuk..best ooo...


Kami beli aiskrim di sini..sedap ni..Insya Allah takde bahan yang meragukan, cuma yang ada gelatin tu dia bagitau siap-siap...


Lepas abis makan aiskrim dan coklat pastil sample tu, kami pun bergerak untuk balik ke CBD. Dalam kereta tu tetiba Mya tanya, "kat mana tempat yang orang tu buat coklat? Tak nampak pun" ...huhu..tergelak sakan la kami dengan pertanyaan ala-ala mokcik nye...Macamana mama dan papa boleh terlupa nak bawa Mya tengok pemprosesan coklat di kilang tu? Actually dia ada tingkap kaca di hujung outlet tu saja untuk kita tengok proses penghasilan coklat tu.. Abis tu..macamana nak ingat..dalam kepala asyik ingat nak makan coklat tasting tu banyak-banyak je tau..hahahha..sampai lupa nak tengok pemprosesan coklat...ok, nanti kita tengok esok masa melawat kilang coklat di Swan Valley yang dekat Caversham tu hehehehe..lawak betul masa ni..

Kalau ikut itinerary, kena singgah ke Lake Clifton on the way tu, tapi papa malas nak masuk sebab sebelum tu dah tengok stromatolite di Cervantes. Haisyyy papa ni selalu malas-malas kalau travel. Mama konon-konon nak masuk juga tapi terlepas simpang..  


Akhirnya mama berjaya juga amik gambar kat haystack ni..geram nak masuk dalam tu peluk-peluk ke rumput tu
So endingnya hari ni sampai sini je lah..Disebabkan kami sampai lambat kat Baileys Apartment, kami kena pergi ke Baileys Motel untuk ambil card hotel sebelum check in. Baileys Motel area situ juga. Cerita pasal Baileys Apartment ni boleh tengok dekat Trip Tips pasal hotel dan apartment...ok..bai jumpa next entry ye..

Sunday, November 30, 2014

Part 3 : Inspiring destinations down under the Australian sky


Busselton Jetty and Underwater Observatory | Augusta Escape

Kami memulakan perjalanan ke arah selatan Perth jam 8.00 pagi..Setelah perjalanan melalui Kwinana Freeway dalam setengah jam dari bandar, kat kawasan Rowley Road selepas exit ke Fremantle , jammed la pulak. huhuhu.. yang tak tahannya tak ada sebab apa-apa tetiba jammed dan dalam satu jam juga la kami stuck kat situ. Dah la speed limit pun dalam 80km/j sahaja..

Lepas je dari area bandar sikit masuk ke Forest Freeway. Dekat sini dah mula lancar. Di kiri dan kanan kawasan ke arah South West ni banyak ladang lembu dan anggur sebab suhunya agak sejuk berbanding North Area. So dalam perjalanan tu kami menjamu mata dengan ladang lembu susu yang saujana mata memandang. Lembu-lembu nya pula gemuk dan sihat-sihat je nampaknya. Dan satu pemandangan yang paling menarik ialah haystack yang siap diproses dan bergulung-gulung. Sesekali nampak macam dalam cerita Twilight Saga lah pula..hehehe..imaginasi tinggi..Nanti ada masa nak stop dan berposing sekeping dua kat area ni..hehehe..bukan senang nak jumpa kan di Malaysia.

Masa ni mama pulak yang drive, sebab papa dah beberapa kali tersengguk-sengguk. Mengantuk sangat lah tu.Sepanjang perjalanan ke arah selatan ni cuaca hujan renyai-renyai, dengan speed limit yang rendah memang rasa terbuai-buai je mata ni . Walaupun camtu semua mematuhi had laju even lori-lori besar pun driver nya sopan-sopan je..

Busselton Jetty and Underwater Observatory
Untuk info uolls boleh klik link kat atas ni yer..Apa ada kat sini and what to do..Secara ringkasnya, Busselton Jetty ni dahulunya ialah sebuah jeti untuk kegunaan kapal-kapal sejak tahun 1865. Jeti ni merupakan jeti kayu asalnya, dan hampir ditutup sejak tahun 1973. Bila dah tak digunakan jeti ni terbiar, dan masyarakat setempat bersepakat mengumpul dana untuk menjadikan jeti ni sebagai kawasan tarikan pelancong, dan dibina jeti yang lebih kukuh sepanjang 1.8km. Sebuah Interpretive Center yang ada muzium, kedai cenderamata dan juga tempat membeli tiket dibina di sini.

Yang paling istimewa, (di mata anak-anaklah) ialah keretapi comel atas jeti. Untuk naik tren ni, bayarannya ialah AUD75 sekeluarga (2A+2C) untuk tambang tren dan  tiket masuk observatory.




Kami tiba di Busselton Jetty lebih kurang pukul 12.30 tengahari..Kalau ikut GPS perjalanan ke sini dalam 3 jam 40 minit.Hujan renyai-renyai..suhu pula semakin sejuk. Lebih kurang 15degree celcius..

Untuk orang Malaysia macam aku ni dah kira sejuk. Angin pula bertiup kuat juga di sini. Perut pun dah lapar, tapi kami kejar ke Busselton Jetty dulu untuk naik tren ke Underwater Observatory. Actually kalau tak masuk Observatory tu pun takpe, tapi dah alang alang dah sampai Busselton, anak-anak pula sibuk ajak naik tren comel tu baik kita masuk sekali kan observatory tu.

Observatory ni ialah akuarium semulajadi bawah laut. So kita boleh masuk ke bawah laut tu dalam 3 tingkat bangunan ke bawah sampailah ke dasarnya lebih kurang 8 meter, dalam juga tu. Tapi ikan tak adalah banyak sangat sebab yang ada cuma ikan yang hidup secara semulajadi di sekitar kawasan tu aje. Jadi kesimpulannya yang paling menarik kat sini ialah pengalaman masuk ke akuarium semulajadi bawah laut. Kalau nak dibandingkan dengan hidupan air di Aquaria KLCC tu, memang jauh beza lah..best berbilion-bilion kali kat tempat kite..hehehe..




Interpretive Center - Souvenir, Ticket and Museum


Ramai ummah local je nampaknya..

Antara souvenir yang dijual..tak beli lah nampaknya..harga murah-murah je bawah 100.. AUD100 jer..huhuhu.
Staf di jeti ni semuanya warga emas, kagum ok. Kalau kat Malaysia, warga emas macam ni memang dah duduk berehat di rumah, berkebun dan layan anak cucu je kot..hehehe

Tren dah sampai


tu hujung tu jaraknya 1.8km..jauh tu


Staf yang guide visit tu pun nenek ni..tengok lah lah..bagus kan? Penerangan yang sangat saintifik..hehehe

Lepas dengar nenek tu explain everything, kami pun di bawa turun aras demi aras..



Spiral staircase
Kat sinilah terletaknya Underwater Observatory (UWO) tu





Perjalanan dari jetty menaiki tren ke UWO mengambil masa 45 minit. Memang slow sebab tren yang panjang tu ditarik menggunakan kepala keretapi yang enjinnya ala-ala lori mini. Tapi still lagi laju dari orang yang berjalan kaki yang pasti nya..hehe..Sampai sana, tour untuk UWO tu mengambil masa dalam 40 minit. So kalo kita bosan ke apa, still tak boleh balik sebab kena tunggu tren tadi sampai semula. Memang sejuk nak beku dok kat luar tu tunggu. Angin bertiup kuat sangat. Kalau nak jalan kaki memang tak larat berbaloi sebab dah bayar tiket tadi kan..Nak tak nak kena lah tunggu juga..So, kami memang buang masa kat sini. Selesai semua kat sini kami cari tempat nak berkelah sebab bekal makanan memang dah siap-siap masak pagi tadi. Hujan renyai-renyai, so memang kena makan kat tempat beratap. Angin pun bertiup kencang, memang makan ala kadar cepat-cepat2 je sejuk punya pasal.


So harini memang tak sempat nak pegi Cape Leeuwin sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit mengikut GPS. Kami keluar dari kawasan Busselton Jetty ni pukul 3 petang. Perjalanan seterusnya ke Augusta Escape dan kami tiba jam 5 petang- memang ngam-ngam masa Cape Leeuwin lighthouse tu tutup..Konon-konon nak tengok sunset kat sana tapi disebabkan hujan tak nampak apa lah...So balik semula, masak dan rehat-rehat je malam tu..

End of part 3 ("_")