Friday, May 23, 2014

Family trip to Bali

Ketika post ini ditulis, kami sedang menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Bali, Indonesia. 
Alhamdulillah.. Anak-anak dan kami berdua sihat, walaupun baru sahaja pulang dari bercuti 10hari di kampung termasuk percutian ke Singapura yang masih belum sempat dikemaskini. 

Balik sahaja ke Labuan 17Mei lepas, terus bertungkus-lumus menjayakan Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2014/2015. Kali ni kami berdua jadi Ketua JK pula.. Memang sangat sibuk.
So lepas habis semua kerja.. Tibalah masa untuk kami sekeluarga berjimba.. 
 Kami akan ke Bali melalui Kota Kinabalu, jadi dari Labuan kami berlepas pada hari ni dan bermalam di KK. 

Petang Sabtu 24/5 kami akan terbang ke Bali dari KK.. 

Nanti untuk entri seterusnya kenalah siapkan entri Singapura USS dahulu, baru boleh update kisah Bali pula.. 
Ok semua jumpa lagi dlm entri akan datang! Doakan kami selamat pergi dan balik dari Bali.. 

Adiosss

Monday, May 19, 2014

Singapore -USS Trip - Part 2: Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua readers..

Ok..hari ni aku nak sambung kisah Singapore hari kedua ke Universal Studios dan malamnya sempat lagi kami tengok laser show di Marina Bay Sands. (Kali ni mesti berusaha sampai berjaya tengok laser show!!!)

Lepas subuh, papa siap-siap keluar nak ke Bugis cari breakfast untuk kami sekeluarga., sebabnya kami tak ambil pakej penginapan dengan sarapan sebab tak yakin..So better cari makanan kat luar sahaja.

Papa turun ke stesen Lavender dan naik tren menuju ke Bugis, satu stesen sahaja. Sampai Bugis, cari restoran Zam Zam yang terkenal dengan murtabaknya tu. Dari stesen Bugis ni jauh juga menapak ke restoran Zam Zam, kalau bawa anak-anak mesti dorang penat nak jalan.
Exit Bugis Station
The famous Sultan Mosque
 Restoran Zam Zam ni terletak betuk-betul di hadapan Masjid Sultan..dekat juga dengan Hotel Village yang menjadi pilihan kebanyakan pelancong muslim sebab di kawasan Bugis ni banyak sangat restoran halal.
Restoran Zam Zam
Route perjalanan dari Bugis MRT Station ke Restoran Zam Zam lebih kurang 1km juga..
Lepas je beli murtabak daging dan roti canai, papa jalan kaki je balik ke Lavender (boleh tengok map kat atas tu)..fuh..boleh tahan juga jauhnya..heheheh..takpe..exercise..Sampai kat area ground floor V Hotel ada juga gerai makanan peniaga Melayu Islam yang menjual nasi lemak. Papa beli 2 bungkus, harganya SGD3 sebungkus.

Lepas siap breakfast kami pun bergerak ke USS dengan menaiki tren menuju Outram Park Station, tukar line ke Harbour Front sebelum naik Monorail Sentosa Park. Masa kat Harbour Front ni, ntah macam mana silap, kad ezylink mama boleh hilang pulak..aduh..tensionnya..puas cari tak jumpa, last-last bayar SGD5 denda mama boleh keluar..sedihnya..dalam kad tu ada banyak lagi balance sebab baru beli dan topup malam sebelumnya..
Station MRT yang kami naik dan turun, perlu diingatkan interchange between the line sangat jauh, turun naik level berbeza..
Sampai je kat Sentosa Island kami pun turun di stesen terakhir. Naik monorail ni lebih kurang 5minit je, tambang SGD5..boleh guna easylink card, tapi kad children free Mya tak boleh guna. Masa nak balik nanti tak payah scan dah kad. Caj sehala je.
Nama stesen Sentosa Monorail
Masa kami tiba tu awal juga, betul-betul 10 pagi. Kami tak pergi ke booth tiket sebab dah beli tiket online. So dia just scan, dan tadaaaa kami pun sampai di Universal Studios Singapore.
Turun dari monorail..
Sikit lagi nak masuk USS
 
Gambar dah cun..ada plak enter prem makcik over kat sebelah tu..haishhh...
Untuk pengetahuan pembaca semua, USS ni takdelah besar mana, so kalau korang travel dengan kawan-kawan atau anak yang besar, Insya Allah cukup je sehari. Rasanya Hong Kong Disneyland lagi besar. Mujur juga tak beli siap-siap express pass sebab most of the ride yang kami naik tak lah menunggu terlalu lama. USS ni ada 5 zone - Hollywood, New York, Ancient Egypt, Sci Fi City, Lost World, Far Far Away dan juga Madagascar.

Untuk ride rollercoster yang paling dasyat tu iaitu Battlestar Galactica, memang dah tutup permenantly..dan akan diganti dengan ride yang lain, tapi tak tahu lah bila. Untuk setiap ride kat sini, akan disediakan pengukur dan korang boleh cek samada anak korang boleh naik atau tak ride-ride yang ada di sini. Atau pun korang boleh download dan baca USS Visitor Guide di sini.

Ni aku ada printscreen kalau korang malas nak tengok kat link tadi.

Untuk attraction kat sini, ada yang papa dan Haziq je boleh naik, ada juga ride yang kami sekeluarga boleh naik. Ok yang ni antara ride yang kami naik di setiap zone.

Hollywood Zone
Kami cuma jumpa Kungfu Panda, Monster Rock Show tak sempat nak tengok. Open show lain macam Daddy O's, Mel's Dinettes, The Cruises kami tak sempat tengok, sebab tak kena timing..

Suka sangat sampai tertonggek Haziq..ni Universal Studios Store,kedai yang paling besar. Semua item ada jual kat sini
 
Kung Fu Panda!
 

 New York Zone
Di Zone ni kami tengok show Lights, Camera, Action host By Steven Spielberg,- memang best show dalam studio ni, siap boleh tengok set penggambaran ribut di New York, last sekali ada kapal besar macam nak langgar audience..hahahah..
Then kami masuk Sesame Street Spaghetti Chase- yang ni pun best, kalau bawa kanak-kanak yang ni wajib naik tau..ada eight requirement juga, jangan lupa cek yer..dan tengok show Rockafella. Kat sini juga kami sempat jumpa character Abby from Sesame Street.
Spaghetti Space Chase!!
Abby sesame street
 
With the cookie monster

Sci Fi City Zone

Ok ni antara yang ditunggu-tunggu, iaitu Transformer The Ride : 3D Battle. Ruang untuk que dia memang panjang, tapi takde orang..so dalam 5 minit je kami terus naik. Yang ni kami sekeluarga naik, memang best giler..mama dan Mya tak suka sebab pening, tapi papa dan Haziq betul-betul enjoy the ride. Kesian Mya, terhuyung hayang kiri kanan sebab ride ni bergoyang kuat betul. Tapi tak gerak mana pun, cuma effect 3D menyebabkan korang rasa macam pergi merata tempat, sebenarnya pusing-pusing di situ je..hahahha.. masa naik ride ni kena pakai spek 3D, kalau tak nanti tak best.
Lepas naik ride ni keluar je lalu kedai cenderamata Transformer. Masa ni kami tak shopping apa-apa lagi. Nanti kang puas nak mengangkut.  
Peluk mama ketat ketat...takut la tuu
Ok, masa ni dah nak masuk
Mya muka cuak
 
 
Transformers
Accelerator di transformer
 
Kat luar kami sempat bergambar dengan robot transformer. Papa dan Haziq sambung lagi naik accelerator. Yang ni macam cawan dan piring berputar kat Genting tu je konsepnya, cuma tema transformer. Nampak macam pening je..tapi Haziq macam biasa sebok nak naik..papa layan je la...Mama n Mya lepak kat tepi minum air dan makan coklat..

Ancient Egypt Zone
Kat sini, Papa dan Haziq que naik Revenge of Mummy. Mama dan Mya tunggu kat luar je sebab Mya tak lepas ketinggian, lagipun Mya mesti menangis nanti naik roller tu..hahahah.. (mama pun cuak sebenarnya) hihihi..
Revenge of Mummy
 Ride ni sebenarnya indoor roller coster, tapi dalam gelap dan pengembaraan di dalam piramidlah  kononnya. Ruang beratur punya lah panjang dan berlingkar-lingkar, dah la gelap pulak dalam tu. Hiasan pun sangat menyeramkan. Haziq beberapa kali ajak papa keluar sebab dah mula rasa seram..last-last kami pun sampai nak naik ride.  macam biasa, takde orang menunggu, so terus je kami naik ride tu. Yang ni memang betul betul thrill. Best giler, seram gak. Siap ada masa keretapi terundur lah..adoi..dah la dalam gelap. Ada masa menjunam ke bawah..kalau seram tu pejam je mata..hahahahha..

Keluar je Ride Revenge of Mummy, kami que di ride Treasure Hunters. hahaha..yang ni menyesal gak, sebabnya..orang ramai giler, kami que dalam 30 minit kot..masa tu nampak makcik pakcik, atuk nenek (masa ni ramai pelancong India dan Indonesia) semua nak naik ride ni..bila tiba je masa kami naik mula-mula teruja juga..rupa-rupanya..hurmmm..malas nak citer lebih..korang cuba lah naik, mesti nyesal gak hahahaha..tapi kan ride ni lah yang paling ramai manusia que..camno tu ha? hahahah...

Kat sini kami sempat jumpa dan bergambar dengan Army of Anubis..suka kacau orang pompuan..gatai betul hahahah..tergedik-gedik dengan kaki panjang tu.
Anubis
Lost World Zone
Entrance to Jurassic Park
 

Zone ni untuk Movie Lost World dan Water World. Di sini kami naik Canopy Flyers yang happening sampai menyebabkan mama jadi pening..hahaha sebab duduk dalam posisi mengundur. Kalau berani boleh try..ala..boleh je you all. Mya pun naik tau.
Canopy Flyer yang thrill la sangat
Lepas tu Papa dan Haziq naik Rapid Adventure yang rakit bulat dalam air tu..best juga yang ni..mesti try..beratur dalam 15 minit juga. Jangan lupa pakai baju hujan yang nipis tu kalau tak nanti baju basah kuyup..hahahah..kalo tak bawa baju hujan pun tak pe sebab lepas tu boleh keringkan dengan mesin dia..bayar berapa ntah..lagi satu jangan bawa kamera nanti basah.Ada locker disediakan untuk simpan barang-barang.  Ride ni nampak biasa..tapi last skali masa naik water elevator tu...dia kan turun meluncur laju...habis basah baju sorang-sorang..hahahah

Masa papa dan Haziq naik ni Mama and Mya naik Dino Soarin. Sangat sesuai untuk kanak-kanak ribena macam Mya.Keluar je dari sini kami terlupa nak tengok Water World show..aduh..rugi juga..takpe lain kali boleh repeat...

Far Far Away Zone
Zone ni adalah kawasan Movie Shrek dan Puss In Boots. Kami cuma masuk show 4D Shrek dan anak-anak naik ride Magic Portion yang comel dan cute tu. Show ni bagi kami biasa-biasa je..sebab ada 3D/ 4D show yang lebih menarik..hehehe..
Far Far Away Kingdom Castle
 Di sini anak-anak sempat bergambar dengan Puss In Boot yang sangat comel.
Dengan Puss yang comel..Mya geram nak tarik misai Puss
Lepas keluar show ni kami dah lapar, tapi kebanyakan restoran tutup di kawasan ni. Untuk pengetahuan, di setiap zone ada satu restoran halal yang disahkan oleh MUIS. Jadi tak perlu risau sangat..sedia duit je lah..

Lepas Far Far Away Zone, kami pergi makan di Restoran Mels Drive In di area New York.Restoran ni halal yang ada sijil MUIS. Kami makan Cheese Burger Set dan Coni Dog, total SGD26.26~RM70...selesai makan, kami pergi semula ke Madagascar Zone.

Seterusnya Zone Madagascar
Di sini ada King Juliens Party Merry Go Round dan Crate Adventure. Crate Adventure ni macam Its A Small World di Disneyland, iaitu pengembaraan menaiki rakit melalui kawasan Madagascar yang comel dan happening. Another must try ride ye kawan-kawan..Meryy Go Round pun mama dan papa layan..hahahah..
 
Mya dan Alex from Madagascar
Parcel ke Kenya
Lepas selesai di Madagascar tibalah masa kami nak balik ke hotel..anak-anak pun dah kepenatan. Shopping seround di Hollywood Zone, kedai yang paling besar iaitu Universal Studios Store. Beli apa-apa yang patut cenderahati untuk anak-anak, diri sendiri dan family je...sebab mahal sangat..hahaha. Sebelum balik sempat kami bergambar depan globe sebab masa ni dah takde orang area tu..

Belakang globe USS ada Malaysian Food Street, kami masuk dan beli makanan untuk dinner iaitu nasi briyani di kedai yang ada sijil halal..kedai lain nampaknya agak mencurigakan. Kalau tak salah dia tutup setiap hari Rabu..
Tengah tunggu makanan siap di dalam Malaysian Food Street
 
View dalam Malaysian Food Street
Naik monorel, sampai ke Harbour Front dan kami pun keluar mall untk mencari teksi..dah penat giler nak naik MRT..tunggu teksi pon boleh tahan lama gak. dekat 30minit. Dapat teksi, syukur, sampai ke pintu hotel. Tambang teksi tak ingat sangat, tapi rasanya dalam SGD13 kot..ok..sambung cerita part 3 untuk malam hari kedua pula..
Masa ni nak balik dah


Frankenstein nak cekik papa

Saturday, May 17, 2014

Singapore -USS trip - Part 1: Day 1

Salam semua...

Okey, kali ni kami nak ceritakan trip ke Singapore pada 5-7 Mei 2014 yang lepas..
Alhamdulillah..kami berdua berpeluang bercuti ke sana dengan anak-anak yang tersayang. Sebenarnya trip ke Singapore ni tidak dirancang awal, tapi memandangkan terjumpa tiket yang agak murah, terus book dan plan. Walaupun tidak berapa detail, syukur kami selamat pergi dan balik serta bergembira dengan anak-anak di sana.

Tapi kesian sikit kat anak-anak, lepas di Singapore, kami akan sambung cuti di kampung pula. Nak buat macamana, mama dan papa cuti tak sama dengan korang. Terpaksalah Haziq dan Mya dicutikan selama 2 minggu. Yang paling sadis, Haziq pula exam pada 6 Mei..tak boleh ambil exam awal atau lewat..kesiannya Haziq..Mya pula mujur exam 19-22 Mei.

Perjalanan kami bermula dari Labuan ke KL. Masa kami pergi ni iaitu pada 5 Mei2014, Air Asia masih dalam proses perpindahan dari LCCT ke KLIA2. Tarikh terakhir mereka mendarat dan berlepas di LCCT ialah 8 Mei, so memang kami tak merasa pengalaman di KLIA2. Dari Labuan kami berlepas 10.30 pagi dan tiba di KL pada pukul 12.45 tengahari. Memandangkan kami tidak check in luggage, terus je proceed ke International Boarding Hall selepas urusan cop paspot di imigresen. Since kami dah makan dalam flight dari Labuan tadi, di boarding hall kami cuma melepak je sementara menunggu berlepas. Kedai pun dah banyak yang tutup di LCCT ni. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.

Lebih kurang 3 petang kami berlepas ke Kota Singa.. Flight kali ni delay dalam 20 minit. Kami tiba di Changi pada pukul 4 petang. Untuk makluman pembaca, perjalanan menaiki kapal terbang ke Singapore mengambil masa kira-kira 40 minit, termasuk taxing, itu ini, tu yang hampir sejam juga. Dalam penerbangan ke Singapore kami tak makan makanan berat sebab cuma ada makanan ringan sahaja yang dijual. Lagipun flight kami sekejap sangat. Kad ketibaan imigresen juga akan diberi masa ni. Isi siap-siap sebab kat sana nanti kita kena bergegas nak cari pengangkutan ke hotel, samada naik tren ataupun teksi.

Changi Airport, Singapore sangat cantik, bersih, dan moden. Patutlah memenangi pelbagai award peringkat dunia. Semua lengkap, surau pun ada.. Setiap laluan dihampar permaidani, tapi agak sukar nak tolak beg troli. Travelator pun banyak sangat. Dekorasi dan binaan pula sangat menarik. Tapi kami tak sempat sangat nak explore sebab rushing nak check in hotel. Dah penat travel dari pagi.
Masa ni baru lepas cop pasport di terminal 2, dan nak naik MRT ke Lavender
Air Asia akan mendarat di Terminal 1 Changi Airport. since kami plan nak naik tren MRT sahaja untuk ke hotel, maka kami kena bergerak ke terminal 2. Dari terminal 1 kami kena naik aerotrain ke terminal 2. Kali ni senang sikit sebab kami takde check in luggage, semua handcarry je. 2 beg troli size paling kecil dan 2 beg sandang sahaja.

Sampai di terminal 2, kami beli tiket dan terus naik tren MRT. Masa ni kami cuma beli tiket yang guna sekali je, Mya n Haziq pon kena beli tiket yang harga sama dengan dewasa, so agak rugi. Jadi kami plan nak beli travel card tu senang sikit, nanti just top up bila perlu. Mya pula sebab umur bawah 7 tahun boleh dapat travel card for free, kena apply guna pasport sahaja.

* Untuk tempat-tempat atau stesen yang aku sebutkan kat sini, korang boleh refer map MRT yang aku letak kat bawah ni. 
Kat sini ada aku tandakan tempat-tempat yang kami naik dan turun.Klik untuk besarkan, boleh google untuk gambar yang lebih terperinci.

By the way, better you all download apps tain singapore yang banyak kat apps store/google play tu. Kitorang guna SIN. Apps ni free je.
Kalau korang search kat apps store akan jumpa apps ni, kami guna apps yg ni je. Lebih comprehensive dan simple.
Mode of transport kami di Singapore adalah MRT dan teksi. Masa nak pegi mana-mana kalau anak-anak masih bertenaga,  kami akan naik MRT. Bila dah penat cari teksi je. Kadar tambang MRT dan teksi sama macam di KL, cuma kena guna matawang Singapore Dollar. So korang budget lah sendiri yer..Stesen MRT di Singapore ni lebih user friendly berbanding Hong Kong dan Korea. Kalau di Hong Kong, ada escalator dan lif, tapi kat jauh-jauh jaraknya. Di Seoul pulak memang agak azab..hehehe..susah betul nak jumpa escalator atau lif, kalau ada pun jaraknya sangat jauh antara satu sama lain. Pastu naik tangga memang 45 darjah curamnya. Jadi kalau jalan dengan orang tua dan anak kecil berstroller susah sket di Korea. Kalau di Singapore ni alhamdulillah, facilities di MRT Station ni sangat lengkap.

MRT tren dari Changi Airport ni akan berhenti di stesen Tanah Merah, dan kita kena tukar tren ambil haluan ke pusat bandar, iaitu line hijau East West Line menuju ke stesen Lavender di mana hotel kami memang terletak di atas stesen ini.

Tiba di Lavender, naik lif dari stesen kami pun sampai ke entrance V Hotel. Di kawasan stesen dan lobi hotel ni ada banyak kedai makan macam fast food Wendy's (ada sijil halal MUIS) dan barang keperluan. Blok belakang hotel pun banyak kawasan hotel lain yang harganya berpatutan. V Hotel ni harga boleh tahan gak, hotel 3 bintang. Untuk bilik yang kami book ni, iaitu triple room without breakfast harga lebih kurang RM520++, tapi kami book melalui agent expedia so harganya murah sikit, dalam RM460nett. Banyak beza kann..

Malam tu lepas siap solat maghrib, kami turun ke bawah dan dinner fast food di Wendy's. Kemudian, terus naik tren menuju ke arah Stesen Bayfront. Kena tukar ke Circle Line, di Bugis Station, menuju ke arah Bayfront Station. Malam ni kami cuma plan nak tengok Garden by The Bay (giant tree) dan laser show di depan Marina Bay Sands sahaja.
Stroller tak tinggal..masa ni nak tukar ke Circle line di Bugis Station.

Mya duduk di kerusi khas untuk kanak-kanak kecil, OKU, warga emas atau ibu mengandung.
  
Suka ek korang.penat kang berebut stroller!

Keluar dari Bayfront Station akan jumpa banyak signage
Laluan yang luas dan cantik untuk ke Garden by The Bay (tapi tak pegi pun)
Keluar je dari stesen Bayfront, akan nampak Hotel Marina Bay Sands yang sangat famous tu. tengok dari luar pun dah cantik..room rate kat sini satu malam minimum pun SGD550 atau RM1500++..hurmm..telan air lior je la..Sempat la ambil gambar dari luar je..hehehhe..
Hotel Marina Bay Sands
Ambil gambar kat luar jer..sob sob sob..lenkali kita tidur kat sini ek..

 
Manakala kalau nak Garden by The Bay plak kena naik flyover dan berjalan kaki melalui Dragonfly Bridge, jauh juga. Kalau siang, ada shuttle service dari Bayfront MRT station ke Garden by The Bay, dari pukul 9-5 petang sahaja..Jaraknya dalam 1km kot..adoii..anak-anak dah penat, so kami just snap gambar super tree dari atas flyover sahaja. Dari flyover ni juga boleh nampak Singapore Flyers. Snap gambar juga, sebab nak pegi nampaknya sangat jauh..
Singapore Flyers dari flyover
Lain kali kena datang lagi untuk ke Garden by The Bay ni
Gambar dari jauh je..
Then kami pun turun untuk ke Marina Bay nak tengok laser show pukul 9.30pm. Masuk balik laluan bawah tanah yang besar, luas dan cantik tu.(penuh dengan cermin dan gambar bunga-bunga).
Laluan bawah tanah..
Laser show ni ada 2 kali show, pukul 8.00pm dan 9.30pm. kat sini lah kami tersilap langkah. Cari punya cari..kami cuma jumpa shopping mall dalam tu. Kami tengok sign board takde pun yang menunjukkan ke laser show. Shopping mall pula high end punya mall. Brand  Hermes, Gucci, Louis Vuitton, Chanel..so memang tak masuklah nak menjenguk sebab tak masuk dalam list nak shopping tempat macam tu..hehehe..harga pun tak sempat nak tengok sebab anak-anak dah penat masa ni.
Akhirnya kami cari main entrance mall, keluar dan tunggu teksi je nak balik.

Masa sembang-sembang dengan driver teksi tu (Melayu Islam) macam-macam juga info yang kami dapat. Tapi memang kesian juga penduduk Melayu Islam di Singapore yang nampaknya agak dipinggirkan oleh pemerintah mereka. Tapi apa boleh buat kan..terima ajelah pakcik, silap datuk nenek pakcik dulu-dulu juga lah..jangan Malaysia jadi macam tu satu hari nanti sudahlah.

Kami sampai ke hotel malam tu dan terus siap-siap nak tidur, sebab masing-masing dah kepenatan, nak simpan tenaga untuk berjimba di Universal studios Singapore esok.Ok..bersambung di hari kedua Singapore dalam next entry.