Sunday, June 22, 2014

Enchanted Bali : Day 2

Waktu pagi, jalan masih clear..belum macet
Tertarik tengok perhentian bas di Bali. kena naik tangga. Nanti nak naik bas senang sket..

Budak yang paling banyak pe'el masa dalam kereta..

Ukiran pintu kayu..menurut Pak Dani, ukiran di Bali antara yang terbaik di Indonesia

Dapur Rinnai di kedai sepanjang perjalanan kami ke Kintamani
Pagi ni kami bangun lewat sikit, sebab lepas subuh tertidur pula, penat semalam punya pasal. Kami sarapan di restoran hotel sahaja. Kalau ikut plan anak-anak ajak mandi swimming pool di depan bilik tu tapi dah lewat tak dapat lah mandi swimming pool ye anak-anak.

Makanan di restoran hotel ni boleh tahan lah juga. Ada Western, makanan Malaysia macam mee kari dan kueyteow. Kan owner nya dari Malaysia. Ada juga egg station, papa beratur ambil sebab Mya peminat telur. Pagi tu ramai juga pelancong dari Malaysia yang kami jumpa di situ. Ada juga mat saleh dan tak ketinggalan pelancong tempatan indonesia.

Siap bersarapan, supir kami, Pak Dani dah siap menunggu di lobi. Naik je kereta, kami ajak Pak Dani pergi ke convi store untuk membeli air minuman. Sebabnya kat bilik hotel tu tak boleh minum pula air yang didihkan ambil dari paip. Rasa payau semacam. 

Kami plan nak pergi ke kawasan kampung kesenian iaitu galeri lukisan, tempat membuat batik Indonesia dan juga pembuatan perak.. Sampai sahaja di galeri lukisan tu, kami pun berjalan-jalan di dalam perkampungan kecil dia. Memang cantik sangat lukisan yang dihasilkan oleh anak tempatan Bali yang sangat berseni ni. Ada beberapa pelukis remaja yang sedang tekun menghasilkan lukisan yang sangat detail. Kami dibawa berjalan-jalan oleh guide di sini.
 
 
 
Tapi harga sangat mahal. So kalau korang ke tempat-tempat macam ni, tengok boleh, tapi beli tak digalakkan. Bukannya apa, harga sangat mahal dan kalau diberi diskaun pun masih tak dapat menandingi harga yang ditawarkan oleh kedai macam Krisna tu. ( Di Krisna pun ada jual lukisan juga)
 
Ni ayam jantan betul tau..cantik ayam ni..

Painting yang cantik, tapi mahal.
 
 
Adoi..main anak biawak lah pulak budak berdua ni..haishh....tapi yang tipu je lah huhu
Lepas tu kami dibawa ke tempat membuat batik dan menenun kain, seterusnya ke tempat menempa perhiasan perak. Dapatlah melihat secara dekat proses pembuatan batik Indonesia dan barangan perak.
Masam je muka akak ni..heheheh..penat dah kot
 
Haziq berminat menenun kah?
Bagi kami tempat ni boleh lah dilawati, sekejap pun jadilah, tapi tak berapa menarik. Sebabnya harga barang yang dijual sangat mahal. Sepatutnya kalau dah dibuat di situ mestilah murah kan, tapi ini tidak, makin mahal pula. Ye lah, dah namanya kawasan pelancongan haruslah mencekik darah kan. Hahahah, kami tengok pelancong mat saleh bersungguh-sungguh shopping di sini. Mungkin bagi mereka harganya dah murah kot.. Macam biasa tempat-tempat macam ni mesti ada penjaja barangan yang memaksa kita membeli barang cenderamata. Dorang ni jual agak mahal, boleh ditawar..kesian sangat. Masyarakat di sana sangat struggle untuk hidup. Persaingan hidup sangat tinggi. Bersungguh-sungguh mereka paksa kita beli barang jualan mereka. Siap letak di tangan kita, merayu2.. Yang bestnya Haziq yang tak faham apa-apa tu terus ambil sebab dia ingat barang tu diberi percuma. Kami cuma menggelengkan kepala tanda tidak mahu membeli barangan mereka. Sebab dah tawar pun sebenarnya masih lagi mahal.

Perjalanan diteruskan ke arah Utara, iaitu untuk ke kawasan Kintamani. Sepanjang perjalanan ni macam-macam pemandangan menarik perhatian kami. Antaranya ialah terdapat begitu banyaknya tempat menjual ukiran batu atau pasu Bali yang sangat cantik dan mempesonakan, kalau di letak di taman di rumah kita. (berangan kejap) Batu-batu ni dibina khas untuk taman-taman dan pada pendapat kami, mungkin dibeli oleh golongan atasan di Bali ini untuk menghias taman di rumah mereka dan juga di hotel-hotel kan. Ukiran patung dewa memang berlambak-lambak, takde lah kami snap dan upload di sini pula ye.
Batu hiasan taman
Pokok di nursery untuk taman
 Selain daripada tu, terdapat juga nursery bunga-bunga taman gaya Bali..aduh..cantiknya..berangan lagi, kalaulah dah duduk rumah sendiri..tapi tak tahulah bila tahun merasa duduk rumah sendiri..heheheh..


Masa kami ke Bali ni, penganut agama Hindu Bali sedang merayakan dua hari kebesaran mereka iaitu Hari Kuningan dan Hari Galungan. Makanya, sepanjang perjalanan kami ke Kintamani ni, akan nampak beratus-ratus hiasan keagamaan yang dipacakkan di hadapan rumah mereka iaitu penjor. Hampir di setiap rumah di tepi jalanraya akan diletakkan penjor. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang perayaan penganut Hindu Bali, bolehlah tengok kat link ini ye!.

Dalam perjalanan ke Kintamani juga, kami singgah ke dua tempat lagi iaitu Pura Batuan di Ubud dan juga Pura Tirta Empul. Ok, memang kalau ke Bali kita akan melawat kawasan pura ni ye kawan-kawan. Kalau tak nak melawat pura boleh lah ke pantai-pantai sahaja. Kami pergi sebab cuma ingin melihat budaya masyarakat setempat.

Saturday, June 21, 2014

Enchanted Bali : Day 1

Assalamualaikum semua pembaca blog kami...

Ini percutian terakhir kami sebelum break untuk bulan puasa dan hari raya nanti. Seperti biasa perjalanan ke mana-mana destinasi percutian sekeluarga kami bermula dari Kota Kinabalu. Ye lah dekat sikit dengan Labuan berbanding perlu lagi flight ke Kuala Lumpur pula. Sebenarnya percutian ke Bali ini pada awalnya memang tak dirancang, kami hanya plan untuk ke Singapore je. Tengok-tengok budjet macam ok je, so kami teruskan je lah..Percutian ini memang pendek sangat iaitu dari 24-27 Mei 2014 disebabkan flight dari KK ke Bali hanya 3 kali seminggu.

Kami bertolak ke Kota Kinabalu dari Labuan dengan penerbangan MAS pada 23 Mei 2014. Walaupun anak-nak baru balik bercuti tak rasmi dari sekolah, Damya pula baru je habis exam pertengahan tahun. Abang Haziq tak sempat exam sebab masa hari bermula exam pertengahan tahun dia tu kami di Singapore dan pihak sekolah tak bagi resit for the exam :-( , walaupun kami dah buat surat rasmi..Takpe lah Haziq, baru darjah satu (ayat penyedap hati setiap kali anak-anak dicutikan dari sekolah secara tak rasmi)

Perjalanan ke KK smooth sahaja. Lebih kurang 30 minit sahaja sebab memang dekat. Tapi kalau naik kereta dengan feri makan masa lebih 5 jam..lama kan? Kalau naik feri penumpang macam naik feri ke Langkawi tu 3 jam, kalau naik speedboat, sambung naik bas pula lebih kurang 3jam..Jadi pilihan kami kali ni ke KK adalah melalui udara. Takpelah, mahal sedikit tapi kurang leceh.

Tiba di KK kami naik bas sahaja ke hotel. Alhamdulillah, perjalanan naik bas pun ok, tambang ialah RM5 per person. Kami cuma bayar untuk 2 orang so dah jimat lebih kurang RM20 di situ, sebab kalau naik teksi tambang adalah RM30 per trip.

Malam tu, seperti biasa kami tidur di Promenade Service Apartment. Apartment studio ni walaupun lama tapi bersih dan selesa bagi kami dengan harganya. Kami dapat untuk satu malam RM86 nett. Boleh lah untuk melelapkan mata dan berehat sebentar sementara menunggu flight ke Bali keesokan harinya. (Actually kaalu kami bertolak dari Labuan hari Sabtu 24 Mei pun boleh juga, tapi tak sabar-sabar nak pergi bercuti heheheh..)

Cuaca di KK masa kami pergi tu agak tidak menentu. Petang memang akan berlaku hujan lebat dan ribut petir. Kami tawakkal sahaja kepada Allah semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Petang Sabtu 24 Mei 2014, kami checkout hotel dan bergerak Center Point Mall untuk lunch dan menunggu bas ke KKIAirport Terminal 2 semula. Kami naik bas yang sama semalam. Lunch di Kenny Rogers siap-siap sebab di Airport nanti tak payah cari makan lagi. By the way, di Airport Terminal 2 tu ada KFC juga. So harga standard lah, tak payah risau sanagt pasal makan..kecuali tak suka makan ayam.

Selesai urusan di kaunter (kami dah web check in tapi nak beli luggage masa pulang dari Bali nanti). Terpaksa juga buat urusan di kaunter sebab tak boleh add on lagi since kami dah web check in siap-siap. Mujur tak kena bayar apa-apa caj perkihidmatan, kecuali untuk tambahan luggage sahaja.


Sebelum masuk ke boarding hall, macam biasa kena melalui kawalan keselamatan dan kat sini lah kami dah mula dapat satu masalah. Salah satu barang tak lepas bawa naik iaitu cecair toner dalam botol kaca yang mama baru je beli di Parkson pada malam sebelumnya. Kebetulan pula kami tak check in sebarang luggage. Puas juga merayu dengan polis bantuan tu, tapi memang tak lepas juga. Lepas pening berbincang akhirnya kami decide nak simpan di ruang menyimpan beg untuk 3 hari. Kena caj RM45 (>_<).. pejam je la mata daripada kena buang dan harga benda tu lagi mahal dari RM45..

Siap cop pasport kastam, kami pun menunggu di boarding hall. Masa ni kami dah mula rimas, manusia punya lah ramai..sebab flight lain dah mula delay. Sebabnya hujan dah mula turun dengan lebat petang tu. Satu demi satu flight delay, yang kami ingat dah delay petang tu Johor Bahru, Jakarta, Ghoug Zhou, Hong Kong dan Kuala Lumpur. Semua ni flight sebelum pukul 5 petang. Penerbangan ke Denpasar Bali pula pukul 5.45 petang dan harapan untuk delay sangat besar. Kebanyakan pesawat tak boleh mendarat sebab hujan terlalu lebat dan  jarak penglihatan sangat rendah. Tiba jam 5.45petang hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, jam 6 petang pengumuman delay diuat untuk flight kami. Manusia memang penuh betul di dlaam balai berlepas tu. Lewat 6 petang pun kami masih di balai berlepas. Mujur juga duduk dekat dengan tempat caj ipad, tab dan handphone. anak-anak pun boleh duduk diam sekejap sebab dapat 'ubat penenang kanak-kanak' zaman moden tu.

Siap solat jamak maghrib dan isyak di surau, papa decide nak beli makanan sebab anak-anak dah start tantrum (lapar lah tu..). Papa keluar kejap beli burger KFC dan nugget sebab dalam flight dah prebook nasi lemak dan spagetti. Akhirya pukul 9.30 malam barulah kami dapat boarding dan terbang hampir 10malam. Perghh..4 jam delay tu..pastu we all tak beli pulak insurans AA tu, kalo tak dapat lah juga voucher sbb delay tu.

Naik je flight anak-anak dah mula mengantuk, bila makanan sampai dua-dua dah siap tidur nyenyak. Penat sangat menunggu di boarding hall KKIA tadi. End up mama dan papa je yang makan. Nasi lemak beli sampai 3 pulak tu..spageti dan hotdog ..dah tengah-tengah malam tu nak makan pun tak lalu.

Lebih kurang kurang pukul 12.30 pagi kami selamat mendarat di Ngurah Rai Airport (Bandara), Denpasar. Waktu Bali sama dengan dengan waktu Malaysia, jadi tak payah nak pusing2 jam..hehehe..
Mostly foreigner je..lepas KK dorang sambung bercuti di Bali

Asian country lane, no visa needed

Airportnya cantik baru dan bersih, layaklah naik airport tax Rp200,000 ~ RM60

Airport Ngurah rai ni baru sahaja siap diubahsuai, jadi interior sangat standard seperti airport di Malaysia.  Selesa, luas dan besih. Kami tak de check in luggage so terus proceed ke immigration, Pelancong agak ramai dalam flight sama dengan kami masa tu, jadi que boleh tahan panjang. Walaupun ramai dia buat kerja agak cekap, so sekejap je urusan cop pasport selesai. kami terus keluar dan pak supir dah menunggu dengan nama papa terpampang di kertas.

Supir kami untuk trip kali ni ialah Pak Dani, kawan kepada supir yang kami contact dari Malaysia, iaitu Yanto. Kereta pul ialah Suzuki APV, cukup luas dan selesa untuk kami empat sekeluarga. Kesia juga Pak Dani, rupa-rupanya Yanto tak inform dia awal-awal yang kami delay sampai 4 jam, makanya dia menunggu kami sejak pukul 8 malam.

Kami terus ke kereta dan dibawa ke hotel iaitu di Wina Holiday Villa. Wina Holiday Villa ni diambil alih oleh management Holiday Villa (owner dia Dato dari Malaysia) Bilik yang kami request ialah Deluxe with breakfast. macam biasa kami book dari agent expedia untuk 3 malam. Total yang kami bayar cuma RM360 untuk 3 malam.
Salah satu reason kami pilih hotel ni ialah sebab murah dan daripada review, hotel ni serve makanan halal. Senang, bangun pagi breakfast puas-puas. sangat berbaloi. Bilik kami terletak di ground floor dan dekat sangat dengan Lobi dan reception. Keluar je bilik golek-golek terus masuk swimming pool. Hahahah.. Tapi masalahnya swimming pool dia terletak betul-betul hampir lobi dan restoran tempat orang lalu lalang. Hurmm takpelah..anak-anak je pun yang semangat nak mandi. Mama memang tak mandi lah nampak gayanya..

Masa kami sampai tu lebih kurang pukul 1.15pagi, so kawasan resort ni memang sunyi sepi, dan yang agak tak berapa best betul-betul di tangga nak masuk tu ada patung dewa dewi yang beribu-ribu di Bali ni.  Oh..dekat swimming pool pun ada pura yang sgt mini..hehehhe..hadap je la..dah datang ke Bali katanya..Land of Thousand Temple..

Ok basic facilities semua siap sedia dalam bilik dan ada wifi..best-best..Dan dekorasi adalah macam biasa balinese concept resort. Cuma bilik agak lama, no issue, sebab harga murah dan cuma nak tidur malam sahaja...
Bilik masih terkawal.. sebab dah penat. Tak de nak melompat-lompat macam trampolin atas katil lagi masa ni

 Siap kemas barang lebih kurang, tolak sket katil rapat ke dinding, kami pun tidur..dekat pukul 3 juga baru dapat tidur. haziq nak makan spageti tapi dah mengantuk sangat.




TV, mini bar dreeser table semua ada macam biasa

Bilik kami sama macam bilik dekat bawah ni..ground floor. Nampak tak patung-patung di setiap pintu masuk bilik tu?

Breakfast pada pagi pertama

View at the restaurant on our first day of arrival


Sunday, June 15, 2014

Singapore USS Trip - Day 3-Last day!

Haaa dah sampai pun hari last trip Singapore ni..Hari terakhir kat sini kami hanya plan untuk melawat Merlion Park di Raffles Place. Lepas tu plan nak shopping sikit area Orchard Road nak beli perfume. Seterusnya kami nak beli T-shirt dengan fridge magnet kat area Bugis Street.
Papa check out kan bilik siap siap sebab by the time kami sampai semula ke hotel nanti dah lepas pukul 11am. Luggage tinggal je kat lobi, ada pekerja hotel yang tolong uruskan, dan di kawasan lobi ni memang beratus-ratus beg guest hotel tinggal, samada baru nak check in atau dah siap checkout...
Beg InsyaAllah selamat sebab dia akan ikat beg kita serangkai, dan bagi kad dan keratan untuk tag tertulis jumlah beg kita.

Pagi ni kami breakfast kat Wendy's lagi..
Ok, pagi ni kami akan ke Merlion Park, must-visit-place when you are in Singapore.

Untuk ke sini, ikut betul-betul direction ini.
i. Naik MRT ke stesen Raflles Place, keluar menghala ke OUB Bank Plaza.
ii. Dari tengah-tengah plaza ni, korang kena cari Fullerton Hotel, masuk ke arah laluan pejalan kaki bawah tanahnya yang nampak agak tersorok. Ok ni rupa laluan underground di Fullerton Hotel. Gambar agak blur sebab snap guna handphone saja..


iii. Keluar dari underground walkway di Fullerton Hotel ni, korang akan jumpa tempat macam ni ( ni plak amik kat google streetview je..

iv. turun tangga tu, tadaaa..Merlion Park kat Sebelah kiri hujung laluan waterfront yang cantik ni okey!

Boleh lah camwhore puas-puas macam we all. Tapi as i told earlier, Singapore sangat panasss...asyik berebut nice view dgn pelancong lain je, mostly from Asean Country like Indonesia, Thailand, India, China termasuk la kami dari Malaysia.

Masa nak bergambar ni bila pose dah elok cun ada plak umat-umat manusia menyendeng kat tepi-tepi tu. kalau kosong anak-anak plak buat hal sebab panas..end up masa kami amik gambar tu ada sorg nenek indon ni kat sebelah kami..atas kerusi batu..view dah cun, anak-anak dah ok ada pulaklah sorang tu..takpelah..boleh diblurkan hahahaha..



Action wajib bila bergambar di Merlion ni..

Papa pun nak juga

Tak dapat satu family sbb tak bawa tripod, penat!
Photo taken by Indonesian tourist (nampak tak something on our right? hahahah apakah itu)
Siap bergambar di sini, kami nak ke Orchard Road untuk tengok2 lah apa yang patut, since sejak hari sampai tak menjengah pun lagi  ke shopping Mall. Ada duit dah tukar takkan nak simpan je kan, baik kita perabis..hehehhe..

Actually kena balik ikut laluan yang sama masa kita datang tadi, tapi papa nak test laluan lain konon-konon dekat sikit. Tengok-tengok kami semakin menjauhi stesen Raflles Place MRT. Hari tu plak cuaca sangat panas, anak-anak dah tak larat, so kami pon decide naik cab je. Dapat cab, minta dia hantarkan ke Lucky Plaza. Kat sini perfume dan cosmetic memang murah..Sampai je kat sini kami memborong tak hengat..hahahha.. Memang sangat murah waima dibandingkan dengan Labuan. Then dapat VAT lagi..best betul..sempat la grab Pleasure Intense 100ml = SGD79, YSL Cinema 100ml = SGD79, Carolina Herrera 212 VIP = SGD69. Mama pun jumpa kosmetik mama dijual di sini, tapi yang mama nak tu takde lah pula..dia offer sample dalam bekas kecik-kecik dijual dengan harga yang sangat murah. So mama beli je lah..
 Lepas beli perfume ni duit tinggal sikit sangat, so kami pun pegi tukar sket kat money changer kat dlm Lucky Plaza ni. Dapat rate yang ok, so tukar je la..
Papa pula sibuk nak beli monopod nak berselfie kat Singapore ni. Beli lah juga, takde lah murah juga, dalam SGD25. balik malaysia tengok org jual online lagi murah separuh harga..hahahha..takpe lah..kenangan dari Singapore papa kata.. ;-p

Settle di Lucky Plaza kami naik cab menuju ke Masjid Sultan, nak makan tengahari di Restoran ZamZam. Sebelum tu sempat kami merayap di Istana Kg Glam. Tapi tak masuk pun sebab malas..hehehe..bergambar lebih kurang di luar selfie sket2.
Istana Kg Glam yang tak berapa nak Glamour..hehehehe


i like this photo!!
 Siap bergambar lebih kurang, kami pun jalan kaki ke Restoran Zam Zam semula untuk lunch...

Menu dia ada kat dinding, korang boleh baca je sementara waiter datang ambil order
Portion makanan dia boleh tahan besar

Dekat Restoran Zam Zam ni kami tak order murtabak dah, sebab pagi semalam tu papa dah beli murtabak, so kami just makan nasi briyani. Nasi dia sedap juga, ayam lembut dan beras panjang-panjang..puas lah juga kami 4 sekeluarga makan dengan 3 set sahaja. Mya dan Haziq share sahaja..

Restoran ni selesa, sebab ada dua tingkat. kat atas ni ada air cond, so memang selesa...

Siap makan, kami berjalan kaki ke Bugis Street dalam cuaca yang kepanasan, mujur juga ada pokok di sepanjang jalan ni. Rasanya dalam 500meter juga kot, tapi berjalan dengan budak kecik ni 500meter pun rasa  macam 5km hahahha...
Sempat lagi papa nak ambil gambo time jalan ni..gigih eh papa ni..
 Sampai je di Bugis Street, kami pun beli lah beberapa helai tshirt dan magnet (eh magnet tak beli) kat sini..walaupun murah..kenapa entah..penat dah kot..kepala pun dah pening-pening masa ni...

Dalam Bugis Street ni tshirt semua ada, murah dan berbaloi nak borong. Tapi kami tak borong lah sangat. Duit ada sikit lagi je dalam SGD100 lepas shopping, sebab simpan nak guna bayar cab dari hotel ke Airport nanti...
Entrance ke Bugis Street.~panasss....
 Siap shopping ala kadar di Bugis Street, kami pon bergerak ke hotel kami di Lavender. 
By right, bugis street ni.. terletak di jalan utama yang mana kalau lalu straight je jangan belok mana-mana junction akan jumpa V Hotel Lavender tu..tapi memang tak jalan lah kami..sebab dalam 1-2 km juga...pagi tu kan papa jalan kaki je..huhuhu

Sampai hotel elok-elok pukul 1 tengahari. ambil luggage, tunggu je depan hotel kejap je dah dapat cab. alhamdulillah...

Dalam perjalanan ke Changi Airport, kami naik cab uncle driver yang sangat peramah dan mesra alam. Tak sudah-sudah bersembang..Actually driver cab di singapore ni mostly ramah tamah, cuma ada la seorang dua yang agak pendiam, tapi tak sombong, cuma kurang bercakap. Terkena pula uncle cab kami ke airport hari ni sangat banyak cerita. Dia suggest kami datang lagi ke Singapore bawa anak-anak ke River safari.. dia kata dia baru bawa anak cucu dia ke sini. siap bagi tengok video yang dia snap kat anak-anak aku lagi. Lpas tu uncle ni dengan penuh semangat cerita kisah dia melancong ke Taiwan, tunjuk juga gambar-gambar, cuma dia kata Taiwan agak sukar nak cari halal food untuk family with young kids like us..

Sembang punya sembang, kami pun sampai ke Changi Airport. Thank you uncle, lain  kali kami datang Singapore lagi kata anak2 aku (tipu je) ..hahahah.

Sekali lagi, Changi Airport ni sangat cantik (puji kali kedua hari tu puji masa arrival..ni kat departure plak..heheheh) Masa jalan-jalan tu, kami jumpa Kinetic rain yang famous tu..mujur masa ni dah siap repair lepas insiden perempuan Vietnam rosakkan kinetic rain tu..hahahah..Sangat terkagum tengok depan mata benda alah ni..so kalau korang depart dari Changi, cuba cari sculpture ni okey!

 
Siap check in kat kaunter AirAsia, kena verify juga tiket walaupon dah print boarding pass sebab dia nak juga slip yang kaunter airport keluarkan..

Pergi solat kejap lepas siap urusan kami, dan dalam perjalanan ke gate, kami singgah di boot VAT claim, alhamdulillah, dapat juga dalam SGD18 refund tax kami..best nya..


 Masa nak check in tu, kami risau juga sebab takde check in luggage. kalau kantoi dengan sekuriti..habislah berbotol-botol perfume yang kami beli ni..tawakkal tu alallah je lah..harap harap selamat..Fuhh alhamdulillah semuanya selamat, walaupon total perfume yang kami beli beratus-ratus mL..tidak seperti pengalaman kami masa nak ke Bali di airport Kota Kinabalu dan balik dari Bali tu..kenapa?? ok..nanti kami cerita kan dalam entry ke Bali..yang entah bila akan siap..InsyaAllah....

Petang tu, flight kami ke KL on time di Changi Singapore, walaupun masa nak landing di LCCT, hujan siap dengan ribut petir pulak..Sempat juga flight kami berpusing-pusing sebelum dapat landing di LCCT Sepang petang tu..

Hari kami balik dari Singapore tu adalah 7 Mei 2014, iaitu hari kedua terakhir sebelum LCCT ditutup dan dipindahkan ke KLIA2. So facilities semua memang banyak dah ditutup, termasuklah escalator naik ke imigresen..aduh..nak putus juga tangan mengangkut hand carry kami yang boleh tahan berat ni.

Kami naik bas dari LCCT ke MTB KLIA nak ambil kereta di Hertz. Kali ni dapat kereta Ford Fiesta pula. Hurmm..agak pelik sebab signal nya belah kiri dan wiper belah kanan macam Proton Waja dan Persona..Design memang cun, tapi dari segi keluasan memang fail..terus tak jadi mama nak suka dengan kereta Ford..sebab sebelum ni mama suka sangat tengok kereta Ford member kat ofis tu..heheheh..dah naik terus rasa tak best hahaha..enjin pun kurang power berbanding kereta Toyota, Honda atau Hyundai..hehehehe..pandai-pandai je review keta pulak..

Dapat keta..panjang lah langkah kami di sini..dalam perjalanan perut masing-masing dah berkeroncong, tiba-tiba hujan turun lebat selebatnya..Kami exit di Bangi dan terus cari kedai makan. Terjumpa lah pulak Ana Ikan Bakar Petai Bangi yang famous tu, so kami stop dan makan di sini. Komen kami? biasa-biasa saja rasanya..lambat walaupun customer tak ramai, mungkin sebab hujan terlalu lebat (apa kaitannya eh?) Siap makan dan solat maghrib, kami pun bergerak ke Rawang untuk berjumpa ahli keluarga terchenta...

Conclusion dari trip ke Singapore : berjaya dan kena tambah bilangan hari sebab banyak tempat tak sempat cover! ;-)