Malam kedua ni kami dinner dalam bilik hotel je..sebab dah penat sangat siang tadi. makan nasi briyani yang kami beli di Malaysian Food Street, USS. Portion ayam dia sangat besar dan kari dia memang best sangat. Tapi nasi so so je.. cukup-cukup kami makan anak beranak. kalau tak silap ada juga papa beli nasi putih buat back up makan dengan kari extra dari nasi briyani tu. Nasi putih ni beli kat gerai mak cik di luar lobi hotel tu je. Satu-satunya gerai yang dikendalikan oleh peniaga Melayu Islam. Ada juga satu gerai di corner tu, ada ditulis makanan halal, nampak owner dia macam aunty cina. So tak yakin nak membeli, walaupun yang menjual tu orang bertudung (mungkin pekerja indon).
Usai makan malam, solat maghrib dan isya' jamak..kami pun keluar malam ni untuk ke Marina Bay Sands sekali lagi. Dengan harapan dapat lah tengok laser show malam ni..semoga peristiwa semalam tak berulang lagi. So setelah buat research ala kadar (google), kami pun keluar naik tren ke stesen mrt Marina Bay. Yang ni pun sebenarnya salah langkah lagi tau.. sepatutnya kami kena turun di tempat yang kami turun semalam, iaitu stesen Bayfront, tapi nak juga turun di last station, Marina Bay. Keluar je stesen Marina Bay nampak area Marina Bay Sands (MBS) tempat laser show tu nun di kejauhan. Ya Allah..macamana silap lagi ni..dalam kepenatan tu, (maklumlah baru balik USS siang tu) kami pun menapak ke area MBS..jauh jugak dekat 1 km menapak..adoilah..apa lah punya ngok ngek.jadi lagi..hahahaha..
Mujur stroller Mya membantu budak berdua tu. Naik stroller berdua, Haziq memangku adik dia..hahaha..hazab betul tengok stroller yang banyak berjasa..kesian. Mujur sihat walafiat stroller tu...ada juga nampak goyang2..tapi alhamdulillah..selamat lagi setakat ni
|
Cantik kawasan ni tapi panas... |
|
gambar tak goyang sebab pakai tripod ready untuk light show kononnya..haha |
|
ha ni gambar selfie papa yang mama jeles |
Kami pun tiba di 'tempat laser show' malam tu. Promenade area tu memang sangat bersih, selesa, siap dengan tempat baring-baring (kerusi malas) yang permanent, khas untuk orang ambil angin malam. But seriously, suhu sangat panas! Kesian orang Singapore.. Itulah harga yang perlu dibayar untuk pembangunan hutan konkrit mereka.. Cuaca sangat panas, angin tak bertiup, dah lah Singapore ni pulau. Lepak punya lepak..masa tu dah around 8.30 pm masa kami sampai. Mama lepak atas bench tu, papa sibuk snapping sana sini (sempat lagi selfie guna tripod, mama jelousss!) Dekat-dekat pukul 9.00 pm Mya pulak sebok nak pegi toilet. Terpaksalah papa bergegas bawa masuk The Shoppe Mall di Marina Bay Sand, jauh tau. Tension gak papa..Pastu papa pun berlari-lari balik tempat mama lepak tadi. Ehh dah pukul 9 pun belum start laser show, aiyooo salah tempat lagi ke?Tengok sekeliling orang pun tak ramai.. Tiba-tiba..nun atas langit kami nampak laser bermula, rupa-rupanya..betul-betul depan The Shoppe Mall tu..aduh..berlari-lari kami mengejar tempat laser show.
Jauh tau, huhuhu..5 minit gak..kami sampai je dah dekat nak habis show tu. Mujur juga sempat kami tengok sikit je lah.. Laser show ni kira terbaik lah..sebab siap ada paparan visual klip video tu skali..terpegun kami. Ni ha gambarnya..sempat snap sikit-sikit.
Rasanya better than laser show di Hong Kong.Habis je laser show, kami pun bergerak nak balik. So next time, kalau u all nak pergi tengok laser show ni, ini tips yang boleh diikuti.
|
Sebenarnya ni lah tempatnya..yang hujung sana nampak berkotak-kotak tu butik LV.. |
Naik je MRT, turun dekat stesen Bayfront, masuk The Shoppe Mall Marina Bay Sands, cari je area butik-butik Louis Vuitton, Channel..keluar dekat waterfront tu, terus jumpa laser show. ada 2, pukul 8 dan 9 setiap malam. Jangan jadi macam kami..sob sob..takpe..yang penting dapat juga kami tengok..hehehe..
|
Ok, korang keluar je pintu ni akan jumpa lah laser and water show tu nanti |
Sebelum balik tu jumpa juga sculpture yang sangat artistik ni., iaitu Rain Oculus. Kalau nak tau apa ni, korang boleh google ye.
|
Mama with the 'Rain Oculus' |
Settle acara tengok laser show, kami pun balik ke hotel naik MRT, dari stesen Bayfront-Bugis-Lavender. Masa nak balik ni masing-masing dah sangat penat, haziq dan Mya asyik berebut stroller sampai papa tension..tetiba mama hilang dari pandangan, call pun tak terjawab..tiba-tiba jumpa mama dah sampai kat lobi hotel. Malam tu, siap2 terus tidur...zzzzz
No comments:
Post a Comment