Saturday, June 14, 2014

Pau Gebu (water roux)

Assalammualaikum semua pengunjung blog kami..

Penat dah bercerita pasal jalan-jalan makan angin tak sudah-sudah yek..kali ni aku nak update sikit cerita pasal resepi..iaitu pau..resepi ni aku ambil dari blog resepi terkenal jintanmanis.com yang kalau aku cuba memang betul-betul menjadi...terima kasih banyak rosmarlina jintanmanis, semoga murah rezeki selalu.Dulu aku pernah juga cuba buat donut kaedah water roux ni memang gebu hasilnya..Baru-baru ni hubby aku bercerita pasal water roux ni kat mak mertua aku, dia kata hmm memang dah lama mak guna..orang dulu-dulu panggil kanji..zaman sekarang panggil water roux atau pun ni nama dari Jepun kot ros? hehehe..apa-apa pun jom layan resepi ni

Gebu pau nya..yang belakang tu nampak berkedut kena air kukus
Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com dengan sedikit pengolahan

Bahan-bahannya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220 ml air suam +1 sudu kecil garam + 1 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara membuat water roux
Larutkan tepung dalam air kemudian kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan. Setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Cara-caranya membuat doh pau
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan. Kalau penat boleh minta tolong dengan bibik atau suami masing-masing...hahaha..Nak tau doh dah ok at last dia akan jadi elastik iaitu tak melekat pada tangan

2.Kemudian perap doh dalam 40 minit -1 jam dalam bekas yang ditutup tuala lembab.

3. Untuk gunakan doh, mula-mula tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Jangan sayang nak tumbuk sebab nanti dia akan naik lagi.

4.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil, leperkan sehingga sebesar tapak tangan. Kemudian inti  dalam 1-2 sudu kecil, tak boleh banyak sangat nanti susah nak tutup kemas-kemas.Ulang langkah tadi hingga doh habis.

5. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang (kertas A4 putih biasa pun boleh), dan biarkan pau naik dua kali ganda (yang step ni pau dah letak dalam periuk pengukus) lebih kurang 1 jam.

6. Panaskan air dalam periuk pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, baru letak pau untuk dikukus. Kukus pau dengan api sederhana dalam 5-8 minit atau sehingga masak.
.
Inti
Ada beberapa pilihan ini yang boleh kita sesuaikan untuk pau.
i) Inti karipap
    - Potong dadu kentang dan bawang besar. Blender sedikit ikan bilis bersama bawang besar dan bawang putih.
   - Tumis bahan blender. Masukkan daging kisar/ayam yang dipotong dadu. Kemudian masukkan rempah kari bersama air. Kemudian masukkan kentang. Pastikan kentang tenggelam dalm bahan-bahan tadi dan air yang digunakan juga tak terlalu banyak.
 - Masak sehingga hampir kering, kemudian masukkan bawang yang dipotong dadu. Perasakan dengan garam dan gula.

ii) Inti kelapa
   - Paling bagus gunakan kelapa muda yang telah diparut. Masukkan kelapa parut, air dan gula melaka ke dalam kuali. Jangan gunakan air terlalu banyak, nanti susah nak kering. Masak bersama daun pandan yang diikat untuk bau daun pandan yang harum. Letak secubit garam untuk bangkitkan rasa lemak-lemak manis..Masak sampai kering.
  - Kalau nak warna inti lebih gelap gunakan lebih banyak gula melaka.

Tangan hubby aku yang tak sabar-sabar nak makan pau
Tips-Tips untuk dapatkan pau yang cantik dan putih
1. Air kukusan mestilah dah  mendidih baru kita letakkan pau untuk dikukus. Air tak boleh terlalu banyak, dalam 1/2 - 3/4 pengukus sahaja.
2. Titik kan sedikit cuka dalam air kukusan untuk dapatkan pau gebu putih.
2. Jangan kukus pau terlalu lama ( 5-8 minit dah ok)
3. Balut penutup periuk pengukus dengan kain untuk elakkan air jatuh atas pau yang dah siap dikukus.

No comments:

Post a Comment