Saturday, June 21, 2014

Enchanted Bali : Day 1

Assalamualaikum semua pembaca blog kami...

Ini percutian terakhir kami sebelum break untuk bulan puasa dan hari raya nanti. Seperti biasa perjalanan ke mana-mana destinasi percutian sekeluarga kami bermula dari Kota Kinabalu. Ye lah dekat sikit dengan Labuan berbanding perlu lagi flight ke Kuala Lumpur pula. Sebenarnya percutian ke Bali ini pada awalnya memang tak dirancang, kami hanya plan untuk ke Singapore je. Tengok-tengok budjet macam ok je, so kami teruskan je lah..Percutian ini memang pendek sangat iaitu dari 24-27 Mei 2014 disebabkan flight dari KK ke Bali hanya 3 kali seminggu.

Kami bertolak ke Kota Kinabalu dari Labuan dengan penerbangan MAS pada 23 Mei 2014. Walaupun anak-nak baru balik bercuti tak rasmi dari sekolah, Damya pula baru je habis exam pertengahan tahun. Abang Haziq tak sempat exam sebab masa hari bermula exam pertengahan tahun dia tu kami di Singapore dan pihak sekolah tak bagi resit for the exam :-( , walaupun kami dah buat surat rasmi..Takpe lah Haziq, baru darjah satu (ayat penyedap hati setiap kali anak-anak dicutikan dari sekolah secara tak rasmi)

Perjalanan ke KK smooth sahaja. Lebih kurang 30 minit sahaja sebab memang dekat. Tapi kalau naik kereta dengan feri makan masa lebih 5 jam..lama kan? Kalau naik feri penumpang macam naik feri ke Langkawi tu 3 jam, kalau naik speedboat, sambung naik bas pula lebih kurang 3jam..Jadi pilihan kami kali ni ke KK adalah melalui udara. Takpelah, mahal sedikit tapi kurang leceh.

Tiba di KK kami naik bas sahaja ke hotel. Alhamdulillah, perjalanan naik bas pun ok, tambang ialah RM5 per person. Kami cuma bayar untuk 2 orang so dah jimat lebih kurang RM20 di situ, sebab kalau naik teksi tambang adalah RM30 per trip.

Malam tu, seperti biasa kami tidur di Promenade Service Apartment. Apartment studio ni walaupun lama tapi bersih dan selesa bagi kami dengan harganya. Kami dapat untuk satu malam RM86 nett. Boleh lah untuk melelapkan mata dan berehat sebentar sementara menunggu flight ke Bali keesokan harinya. (Actually kaalu kami bertolak dari Labuan hari Sabtu 24 Mei pun boleh juga, tapi tak sabar-sabar nak pergi bercuti heheheh..)

Cuaca di KK masa kami pergi tu agak tidak menentu. Petang memang akan berlaku hujan lebat dan ribut petir. Kami tawakkal sahaja kepada Allah semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Petang Sabtu 24 Mei 2014, kami checkout hotel dan bergerak Center Point Mall untuk lunch dan menunggu bas ke KKIAirport Terminal 2 semula. Kami naik bas yang sama semalam. Lunch di Kenny Rogers siap-siap sebab di Airport nanti tak payah cari makan lagi. By the way, di Airport Terminal 2 tu ada KFC juga. So harga standard lah, tak payah risau sanagt pasal makan..kecuali tak suka makan ayam.

Selesai urusan di kaunter (kami dah web check in tapi nak beli luggage masa pulang dari Bali nanti). Terpaksa juga buat urusan di kaunter sebab tak boleh add on lagi since kami dah web check in siap-siap. Mujur tak kena bayar apa-apa caj perkihidmatan, kecuali untuk tambahan luggage sahaja.


Sebelum masuk ke boarding hall, macam biasa kena melalui kawalan keselamatan dan kat sini lah kami dah mula dapat satu masalah. Salah satu barang tak lepas bawa naik iaitu cecair toner dalam botol kaca yang mama baru je beli di Parkson pada malam sebelumnya. Kebetulan pula kami tak check in sebarang luggage. Puas juga merayu dengan polis bantuan tu, tapi memang tak lepas juga. Lepas pening berbincang akhirnya kami decide nak simpan di ruang menyimpan beg untuk 3 hari. Kena caj RM45 (>_<).. pejam je la mata daripada kena buang dan harga benda tu lagi mahal dari RM45..

Siap cop pasport kastam, kami pun menunggu di boarding hall. Masa ni kami dah mula rimas, manusia punya lah ramai..sebab flight lain dah mula delay. Sebabnya hujan dah mula turun dengan lebat petang tu. Satu demi satu flight delay, yang kami ingat dah delay petang tu Johor Bahru, Jakarta, Ghoug Zhou, Hong Kong dan Kuala Lumpur. Semua ni flight sebelum pukul 5 petang. Penerbangan ke Denpasar Bali pula pukul 5.45 petang dan harapan untuk delay sangat besar. Kebanyakan pesawat tak boleh mendarat sebab hujan terlalu lebat dan  jarak penglihatan sangat rendah. Tiba jam 5.45petang hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti, jam 6 petang pengumuman delay diuat untuk flight kami. Manusia memang penuh betul di dlaam balai berlepas tu. Lewat 6 petang pun kami masih di balai berlepas. Mujur juga duduk dekat dengan tempat caj ipad, tab dan handphone. anak-anak pun boleh duduk diam sekejap sebab dapat 'ubat penenang kanak-kanak' zaman moden tu.

Siap solat jamak maghrib dan isyak di surau, papa decide nak beli makanan sebab anak-anak dah start tantrum (lapar lah tu..). Papa keluar kejap beli burger KFC dan nugget sebab dalam flight dah prebook nasi lemak dan spagetti. Akhirya pukul 9.30 malam barulah kami dapat boarding dan terbang hampir 10malam. Perghh..4 jam delay tu..pastu we all tak beli pulak insurans AA tu, kalo tak dapat lah juga voucher sbb delay tu.

Naik je flight anak-anak dah mula mengantuk, bila makanan sampai dua-dua dah siap tidur nyenyak. Penat sangat menunggu di boarding hall KKIA tadi. End up mama dan papa je yang makan. Nasi lemak beli sampai 3 pulak tu..spageti dan hotdog ..dah tengah-tengah malam tu nak makan pun tak lalu.

Lebih kurang kurang pukul 12.30 pagi kami selamat mendarat di Ngurah Rai Airport (Bandara), Denpasar. Waktu Bali sama dengan dengan waktu Malaysia, jadi tak payah nak pusing2 jam..hehehe..
Mostly foreigner je..lepas KK dorang sambung bercuti di Bali

Asian country lane, no visa needed

Airportnya cantik baru dan bersih, layaklah naik airport tax Rp200,000 ~ RM60

Airport Ngurah rai ni baru sahaja siap diubahsuai, jadi interior sangat standard seperti airport di Malaysia.  Selesa, luas dan besih. Kami tak de check in luggage so terus proceed ke immigration, Pelancong agak ramai dalam flight sama dengan kami masa tu, jadi que boleh tahan panjang. Walaupun ramai dia buat kerja agak cekap, so sekejap je urusan cop pasport selesai. kami terus keluar dan pak supir dah menunggu dengan nama papa terpampang di kertas.

Supir kami untuk trip kali ni ialah Pak Dani, kawan kepada supir yang kami contact dari Malaysia, iaitu Yanto. Kereta pul ialah Suzuki APV, cukup luas dan selesa untuk kami empat sekeluarga. Kesia juga Pak Dani, rupa-rupanya Yanto tak inform dia awal-awal yang kami delay sampai 4 jam, makanya dia menunggu kami sejak pukul 8 malam.

Kami terus ke kereta dan dibawa ke hotel iaitu di Wina Holiday Villa. Wina Holiday Villa ni diambil alih oleh management Holiday Villa (owner dia Dato dari Malaysia) Bilik yang kami request ialah Deluxe with breakfast. macam biasa kami book dari agent expedia untuk 3 malam. Total yang kami bayar cuma RM360 untuk 3 malam.
Salah satu reason kami pilih hotel ni ialah sebab murah dan daripada review, hotel ni serve makanan halal. Senang, bangun pagi breakfast puas-puas. sangat berbaloi. Bilik kami terletak di ground floor dan dekat sangat dengan Lobi dan reception. Keluar je bilik golek-golek terus masuk swimming pool. Hahahah.. Tapi masalahnya swimming pool dia terletak betul-betul hampir lobi dan restoran tempat orang lalu lalang. Hurmm takpelah..anak-anak je pun yang semangat nak mandi. Mama memang tak mandi lah nampak gayanya..

Masa kami sampai tu lebih kurang pukul 1.15pagi, so kawasan resort ni memang sunyi sepi, dan yang agak tak berapa best betul-betul di tangga nak masuk tu ada patung dewa dewi yang beribu-ribu di Bali ni.  Oh..dekat swimming pool pun ada pura yang sgt mini..hehehhe..hadap je la..dah datang ke Bali katanya..Land of Thousand Temple..

Ok basic facilities semua siap sedia dalam bilik dan ada wifi..best-best..Dan dekorasi adalah macam biasa balinese concept resort. Cuma bilik agak lama, no issue, sebab harga murah dan cuma nak tidur malam sahaja...
Bilik masih terkawal.. sebab dah penat. Tak de nak melompat-lompat macam trampolin atas katil lagi masa ni

 Siap kemas barang lebih kurang, tolak sket katil rapat ke dinding, kami pun tidur..dekat pukul 3 juga baru dapat tidur. haziq nak makan spageti tapi dah mengantuk sangat.




TV, mini bar dreeser table semua ada macam biasa

Bilik kami sama macam bilik dekat bawah ni..ground floor. Nampak tak patung-patung di setiap pintu masuk bilik tu?

Breakfast pada pagi pertama

View at the restaurant on our first day of arrival


1 comment: