|
Waktu pagi, jalan masih clear..belum macet |
|
Tertarik tengok perhentian bas di Bali. kena naik tangga. Nanti nak naik bas senang sket.. |
|
Budak yang paling banyak pe'el masa dalam kereta.. |
|
Ukiran pintu kayu..menurut Pak Dani, ukiran di Bali antara yang terbaik di Indonesia |
|
Dapur Rinnai di kedai sepanjang perjalanan kami ke Kintamani |
Pagi
ni kami bangun lewat sikit, sebab lepas subuh tertidur pula, penat
semalam punya pasal. Kami sarapan di restoran hotel sahaja. Kalau ikut
plan anak-anak ajak mandi swimming pool di depan bilik tu tapi dah lewat
tak dapat lah mandi swimming pool ye anak-anak.
Makanan
di restoran hotel ni boleh tahan lah juga. Ada Western, makanan
Malaysia macam mee kari dan kueyteow. Kan owner nya dari Malaysia. Ada
juga egg station, papa beratur ambil sebab Mya peminat telur. Pagi tu ramai
juga pelancong dari Malaysia yang kami jumpa di situ. Ada juga mat saleh
dan tak ketinggalan pelancong tempatan indonesia.
Siap
bersarapan, supir kami, Pak Dani dah siap menunggu di lobi. Naik je
kereta, kami ajak Pak Dani pergi ke convi store untuk membeli air
minuman. Sebabnya kat bilik hotel tu tak boleh minum pula air yang
didihkan ambil dari paip. Rasa payau semacam.
Kami
plan nak pergi ke kawasan kampung kesenian iaitu galeri lukisan, tempat
membuat batik Indonesia dan juga pembuatan perak.. Sampai sahaja di
galeri lukisan tu, kami pun berjalan-jalan di dalam perkampungan kecil dia.
Memang cantik sangat lukisan yang dihasilkan oleh anak tempatan Bali
yang sangat berseni ni. Ada beberapa pelukis remaja yang sedang tekun
menghasilkan lukisan yang sangat detail. Kami dibawa berjalan-jalan oleh
guide di sini.
Tapi harga sangat mahal. So kalau korang ke
tempat-tempat macam ni, tengok boleh, tapi beli tak digalakkan. Bukannya
apa, harga sangat mahal dan kalau diberi diskaun pun masih tak dapat
menandingi harga yang ditawarkan oleh kedai macam Krisna tu. ( Di Krisna
pun ada jual lukisan juga)
|
Ni ayam jantan betul tau..cantik ayam ni.. |
|
Painting yang cantik, tapi mahal. |
|
Adoi..main anak biawak lah pulak budak berdua ni..haishh....tapi yang tipu je lah huhu |
Lepas
tu kami dibawa ke tempat membuat batik dan menenun kain, seterusnya ke
tempat menempa perhiasan perak. Dapatlah melihat secara dekat proses
pembuatan batik Indonesia dan barangan perak.
|
Masam je muka akak ni..heheheh..penat dah kot |
|
Haziq berminat menenun kah? |
Bagi kami tempat ni boleh
lah dilawati, sekejap pun jadilah, tapi tak berapa menarik. Sebabnya
harga barang yang dijual sangat mahal. Sepatutnya kalau dah dibuat di
situ mestilah murah kan, tapi ini tidak, makin mahal pula. Ye lah, dah
namanya kawasan pelancongan haruslah mencekik darah kan. Hahahah, kami
tengok pelancong mat saleh bersungguh-sungguh shopping di sini. Mungkin
bagi mereka harganya dah murah kot.. Macam biasa tempat-tempat macam ni
mesti ada penjaja barangan yang memaksa kita membeli barang cenderamata.
Dorang ni jual agak mahal, boleh ditawar..kesian sangat. Masyarakat di
sana sangat struggle untuk hidup. Persaingan hidup sangat tinggi.
Bersungguh-sungguh mereka paksa kita beli barang jualan mereka. Siap letak
di tangan kita, merayu2.. Yang bestnya Haziq yang tak faham apa-apa tu
terus ambil sebab dia ingat barang tu diberi percuma. Kami cuma
menggelengkan kepala tanda tidak mahu membeli barangan mereka. Sebab dah
tawar pun sebenarnya masih lagi mahal.
Perjalanan
diteruskan ke arah Utara, iaitu untuk ke kawasan Kintamani.
Sepanjang perjalanan ni macam-macam pemandangan menarik perhatian kami.
Antaranya ialah terdapat begitu banyaknya tempat menjual ukiran
batu atau pasu Bali yang sangat cantik dan mempesonakan, kalau di letak
di taman di rumah kita. (berangan kejap) Batu-batu ni dibina khas untuk
taman-taman dan pada pendapat kami, mungkin dibeli oleh golongan atasan
di Bali ini untuk menghias taman di rumah mereka dan juga di hotel-hotel kan. Ukiran patung dewa
memang berlambak-lambak, takde lah kami snap dan upload di sini pula ye.
|
Batu hiasan taman |
|
Pokok di nursery untuk taman |
Selain daripada tu, terdapat juga nursery bunga-bunga taman gaya
Bali..aduh..cantiknya..berangan lagi, kalaulah dah duduk rumah
sendiri..tapi tak tahulah bila tahun merasa duduk rumah
sendiri..heheheh..
Masa kami ke Bali ni, penganut agama
Hindu Bali sedang merayakan dua hari kebesaran mereka iaitu Hari
Kuningan dan Hari Galungan. Makanya, sepanjang perjalanan kami ke
Kintamani ni, akan nampak beratus-ratus hiasan keagamaan yang
dipacakkan di hadapan rumah mereka iaitu penjor. Hampir di setiap rumah
di tepi jalanraya akan diletakkan penjor. Kalau korang nak tau lebih
lanjut tentang perayaan penganut Hindu Bali, bolehlah tengok kat
link ini ye!.
Dalam
perjalanan ke Kintamani juga, kami singgah ke dua tempat lagi iaitu
Pura Batuan di Ubud dan juga Pura Tirta Empul. Ok, memang kalau ke Bali
kita akan melawat kawasan pura ni ye kawan-kawan. Kalau tak nak melawat
pura boleh lah ke pantai-pantai sahaja. Kami pergi sebab cuma ingin
melihat budaya masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment