Papa check out kan bilik siap siap sebab by the time kami sampai semula ke hotel nanti dah lepas pukul 11am. Luggage tinggal je kat lobi, ada pekerja hotel yang tolong uruskan, dan di kawasan lobi ni memang beratus-ratus beg guest hotel tinggal, samada baru nak check in atau dah siap checkout...
Beg InsyaAllah selamat sebab dia akan ikat beg kita serangkai, dan bagi kad dan keratan untuk tag tertulis jumlah beg kita.
Pagi ni kami breakfast kat Wendy's lagi..
Ok, pagi ni kami akan ke Merlion Park, must-visit-place when you are in Singapore.
Untuk ke sini, ikut betul-betul direction ini.
i. Naik MRT ke stesen Raflles Place, keluar menghala ke OUB Bank Plaza.
ii. Dari tengah-tengah plaza ni, korang kena cari Fullerton Hotel, masuk ke arah laluan pejalan kaki bawah tanahnya yang nampak agak tersorok. Ok ni rupa laluan underground di Fullerton Hotel. Gambar agak blur sebab snap guna handphone saja..
iii. Keluar dari underground walkway di Fullerton Hotel ni, korang akan jumpa tempat macam ni ( ni plak amik kat google streetview je..
iv. turun tangga tu, tadaaa..Merlion Park kat Sebelah kiri hujung laluan waterfront yang cantik ni okey!
Boleh lah camwhore puas-puas macam we all. Tapi as i told earlier, Singapore sangat panasss...asyik berebut nice view dgn pelancong lain je, mostly from Asean Country like Indonesia, Thailand, India, China termasuk la kami dari Malaysia.
Masa nak bergambar ni bila pose dah elok cun ada plak umat-umat manusia menyendeng kat tepi-tepi tu. kalau kosong anak-anak plak buat hal sebab panas..end up masa kami amik gambar tu ada sorg nenek indon ni kat sebelah kami..atas kerusi batu..view dah cun, anak-anak dah ok ada pulaklah sorang tu..takpelah..boleh diblurkan hahahaha..
Action wajib bila bergambar di Merlion ni.. |
Papa pun nak juga |
Tak dapat satu family sbb tak bawa tripod, penat! |
Photo taken by Indonesian tourist (nampak tak something on our right? hahahah apakah itu) |
Siap bergambar di sini, kami nak ke Orchard Road untuk tengok2 lah apa yang patut, since sejak hari sampai tak menjengah pun lagi ke shopping Mall. Ada duit dah tukar takkan nak simpan je kan, baik kita perabis..hehehhe..
Actually kena balik ikut laluan yang sama masa kita datang tadi, tapi papa nak test laluan lain konon-konon dekat sikit. Tengok-tengok kami semakin menjauhi stesen Raflles Place MRT. Hari tu plak cuaca sangat panas, anak-anak dah tak larat, so kami pon decide naik cab je. Dapat cab, minta dia hantarkan ke Lucky Plaza. Kat sini perfume dan cosmetic memang murah..Sampai je kat sini kami memborong tak hengat..hahahha.. Memang sangat murah waima dibandingkan dengan Labuan. Then dapat VAT lagi..best betul..sempat la grab Pleasure Intense 100ml = SGD79, YSL Cinema 100ml = SGD79, Carolina Herrera 212 VIP = SGD69. Mama pun jumpa kosmetik mama dijual di sini, tapi yang mama nak tu takde lah pula..dia offer sample dalam bekas kecik-kecik dijual dengan harga yang sangat murah. So mama beli je lah..
Lepas beli perfume ni duit tinggal sikit sangat, so kami pun pegi tukar sket kat money changer kat dlm Lucky Plaza ni. Dapat rate yang ok, so tukar je la..
Papa pula sibuk nak beli monopod nak berselfie kat Singapore ni. Beli lah juga, takde lah murah juga, dalam SGD25. balik malaysia tengok org jual online lagi murah separuh harga..hahahha..takpe lah..kenangan dari Singapore papa kata.. ;-p
Settle di Lucky Plaza kami naik cab menuju ke Masjid Sultan, nak makan tengahari di Restoran ZamZam. Sebelum tu sempat kami merayap di Istana Kg Glam. Tapi tak masuk pun sebab malas..hehehe..bergambar lebih kurang di luar selfie sket2.
Istana Kg Glam yang tak berapa nak Glamour..hehehehe |
i like this photo!! |
Menu dia ada kat dinding, korang boleh baca je sementara waiter datang ambil order |
Portion makanan dia boleh tahan besar |
Dekat Restoran Zam Zam ni kami tak order murtabak dah, sebab pagi semalam tu papa dah beli murtabak, so kami just makan nasi briyani. Nasi dia sedap juga, ayam lembut dan beras panjang-panjang..puas lah juga kami 4 sekeluarga makan dengan 3 set sahaja. Mya dan Haziq share sahaja..
Restoran ni selesa, sebab ada dua tingkat. kat atas ni ada air cond, so memang selesa...
Siap makan, kami berjalan kaki ke Bugis Street dalam cuaca yang kepanasan, mujur juga ada pokok di sepanjang jalan ni. Rasanya dalam 500meter juga kot, tapi berjalan dengan budak kecik ni 500meter pun rasa macam 5km hahahha...
Sempat lagi papa nak ambil gambo time jalan ni..gigih eh papa ni.. |
Dalam Bugis Street ni tshirt semua ada, murah dan berbaloi nak borong. Tapi kami tak borong lah sangat. Duit ada sikit lagi je dalam SGD100 lepas shopping, sebab simpan nak guna bayar cab dari hotel ke Airport nanti...
Entrance ke Bugis Street.~panasss.... |
Siap shopping ala kadar di Bugis Street, kami pon bergerak ke hotel kami di Lavender.
By right, bugis street ni.. terletak di jalan utama yang mana kalau lalu straight je jangan belok mana-mana junction akan jumpa V Hotel Lavender tu..tapi memang tak jalan lah kami..sebab dalam 1-2 km juga...pagi tu kan papa jalan kaki je..huhuhu
Sampai hotel elok-elok pukul 1 tengahari. ambil luggage, tunggu je depan hotel kejap je dah dapat cab. alhamdulillah...
Dalam perjalanan ke Changi Airport, kami naik cab uncle driver yang sangat peramah dan mesra alam. Tak sudah-sudah bersembang..Actually driver cab di singapore ni mostly ramah tamah, cuma ada la seorang dua yang agak pendiam, tapi tak sombong, cuma kurang bercakap. Terkena pula uncle cab kami ke airport hari ni sangat banyak cerita. Dia suggest kami datang lagi ke Singapore bawa anak-anak ke River safari.. dia kata dia baru bawa anak cucu dia ke sini. siap bagi tengok video yang dia snap kat anak-anak aku lagi. Lpas tu uncle ni dengan penuh semangat cerita kisah dia melancong ke Taiwan, tunjuk juga gambar-gambar, cuma dia kata Taiwan agak sukar nak cari halal food untuk family with young kids like us..
Sembang punya sembang, kami pun sampai ke Changi Airport. Thank you uncle, lain kali kami datang Singapore lagi kata anak2 aku (tipu je) ..hahahah.
Sekali lagi, Changi Airport ni sangat cantik (puji kali kedua hari tu puji masa arrival..ni kat departure plak..heheheh) Masa jalan-jalan tu, kami jumpa Kinetic rain yang famous tu..mujur masa ni dah siap repair lepas insiden perempuan Vietnam rosakkan kinetic rain tu..hahahah..Sangat terkagum tengok depan mata benda alah ni..so kalau korang depart dari Changi, cuba cari sculpture ni okey!
Siap check in kat kaunter AirAsia, kena verify juga tiket walaupon dah print boarding pass sebab dia nak juga slip yang kaunter airport keluarkan..
Pergi solat kejap lepas siap urusan kami, dan dalam perjalanan ke gate, kami singgah di boot VAT claim, alhamdulillah, dapat juga dalam SGD18 refund tax kami..best nya..
Masa nak check in tu, kami risau juga sebab takde check in luggage. kalau kantoi dengan sekuriti..habislah berbotol-botol perfume yang kami beli ni..tawakkal tu alallah je lah..harap harap selamat..Fuhh alhamdulillah semuanya selamat, walaupon total perfume yang kami beli beratus-ratus mL..tidak seperti pengalaman kami masa nak ke Bali di airport Kota Kinabalu dan balik dari Bali tu..kenapa?? ok..nanti kami cerita kan dalam entry ke Bali..yang entah bila akan siap..InsyaAllah....
Petang tu, flight kami ke KL on time di Changi Singapore, walaupun masa nak landing di LCCT, hujan siap dengan ribut petir pulak..Sempat juga flight kami berpusing-pusing sebelum dapat landing di LCCT Sepang petang tu..
Hari kami balik dari Singapore tu adalah 7 Mei 2014, iaitu hari kedua terakhir sebelum LCCT ditutup dan dipindahkan ke KLIA2. So facilities semua memang banyak dah ditutup, termasuklah escalator naik ke imigresen..aduh..nak putus juga tangan mengangkut hand carry kami yang boleh tahan berat ni.
Kami naik bas dari LCCT ke MTB KLIA nak ambil kereta di Hertz. Kali ni dapat kereta Ford Fiesta pula. Hurmm..agak pelik sebab signal nya belah kiri dan wiper belah kanan macam Proton Waja dan Persona..Design memang cun, tapi dari segi keluasan memang fail..terus tak jadi mama nak suka dengan kereta Ford..sebab sebelum ni mama suka sangat tengok kereta Ford member kat ofis tu..heheheh..dah naik terus rasa tak best hahaha..enjin pun kurang power berbanding kereta Toyota, Honda atau Hyundai..hehehehe..pandai-pandai je review keta pulak..
Dapat keta..panjang lah langkah kami di sini..dalam perjalanan perut masing-masing dah berkeroncong, tiba-tiba hujan turun lebat selebatnya..Kami exit di Bangi dan terus cari kedai makan. Terjumpa lah pulak Ana Ikan Bakar Petai Bangi yang famous tu, so kami stop dan makan di sini. Komen kami? biasa-biasa saja rasanya..lambat walaupun customer tak ramai, mungkin sebab hujan terlalu lebat (apa kaitannya eh?) Siap makan dan solat maghrib, kami pun bergerak ke Rawang untuk berjumpa ahli keluarga terchenta...
Conclusion dari trip ke Singapore : berjaya dan kena tambah bilangan hari sebab banyak tempat tak sempat cover! ;-)
No comments:
Post a Comment