Sunday, November 30, 2014

Part 3 : Inspiring destinations down under the Australian sky


Busselton Jetty and Underwater Observatory | Augusta Escape

Kami memulakan perjalanan ke arah selatan Perth jam 8.00 pagi..Setelah perjalanan melalui Kwinana Freeway dalam setengah jam dari bandar, kat kawasan Rowley Road selepas exit ke Fremantle , jammed la pulak. huhuhu.. yang tak tahannya tak ada sebab apa-apa tetiba jammed dan dalam satu jam juga la kami stuck kat situ. Dah la speed limit pun dalam 80km/j sahaja..

Lepas je dari area bandar sikit masuk ke Forest Freeway. Dekat sini dah mula lancar. Di kiri dan kanan kawasan ke arah South West ni banyak ladang lembu dan anggur sebab suhunya agak sejuk berbanding North Area. So dalam perjalanan tu kami menjamu mata dengan ladang lembu susu yang saujana mata memandang. Lembu-lembu nya pula gemuk dan sihat-sihat je nampaknya. Dan satu pemandangan yang paling menarik ialah haystack yang siap diproses dan bergulung-gulung. Sesekali nampak macam dalam cerita Twilight Saga lah pula..hehehe..imaginasi tinggi..Nanti ada masa nak stop dan berposing sekeping dua kat area ni..hehehe..bukan senang nak jumpa kan di Malaysia.

Masa ni mama pulak yang drive, sebab papa dah beberapa kali tersengguk-sengguk. Mengantuk sangat lah tu.Sepanjang perjalanan ke arah selatan ni cuaca hujan renyai-renyai, dengan speed limit yang rendah memang rasa terbuai-buai je mata ni . Walaupun camtu semua mematuhi had laju even lori-lori besar pun driver nya sopan-sopan je..

Busselton Jetty and Underwater Observatory
Untuk info uolls boleh klik link kat atas ni yer..Apa ada kat sini and what to do..Secara ringkasnya, Busselton Jetty ni dahulunya ialah sebuah jeti untuk kegunaan kapal-kapal sejak tahun 1865. Jeti ni merupakan jeti kayu asalnya, dan hampir ditutup sejak tahun 1973. Bila dah tak digunakan jeti ni terbiar, dan masyarakat setempat bersepakat mengumpul dana untuk menjadikan jeti ni sebagai kawasan tarikan pelancong, dan dibina jeti yang lebih kukuh sepanjang 1.8km. Sebuah Interpretive Center yang ada muzium, kedai cenderamata dan juga tempat membeli tiket dibina di sini.

Yang paling istimewa, (di mata anak-anaklah) ialah keretapi comel atas jeti. Untuk naik tren ni, bayarannya ialah AUD75 sekeluarga (2A+2C) untuk tambang tren dan  tiket masuk observatory.




Kami tiba di Busselton Jetty lebih kurang pukul 12.30 tengahari..Kalau ikut GPS perjalanan ke sini dalam 3 jam 40 minit.Hujan renyai-renyai..suhu pula semakin sejuk. Lebih kurang 15degree celcius..

Untuk orang Malaysia macam aku ni dah kira sejuk. Angin pula bertiup kuat juga di sini. Perut pun dah lapar, tapi kami kejar ke Busselton Jetty dulu untuk naik tren ke Underwater Observatory. Actually kalau tak masuk Observatory tu pun takpe, tapi dah alang alang dah sampai Busselton, anak-anak pula sibuk ajak naik tren comel tu baik kita masuk sekali kan observatory tu.

Observatory ni ialah akuarium semulajadi bawah laut. So kita boleh masuk ke bawah laut tu dalam 3 tingkat bangunan ke bawah sampailah ke dasarnya lebih kurang 8 meter, dalam juga tu. Tapi ikan tak adalah banyak sangat sebab yang ada cuma ikan yang hidup secara semulajadi di sekitar kawasan tu aje. Jadi kesimpulannya yang paling menarik kat sini ialah pengalaman masuk ke akuarium semulajadi bawah laut. Kalau nak dibandingkan dengan hidupan air di Aquaria KLCC tu, memang jauh beza lah..best berbilion-bilion kali kat tempat kite..hehehe..




Interpretive Center - Souvenir, Ticket and Museum


Ramai ummah local je nampaknya..

Antara souvenir yang dijual..tak beli lah nampaknya..harga murah-murah je bawah 100.. AUD100 jer..huhuhu.
Staf di jeti ni semuanya warga emas, kagum ok. Kalau kat Malaysia, warga emas macam ni memang dah duduk berehat di rumah, berkebun dan layan anak cucu je kot..hehehe

Tren dah sampai


tu hujung tu jaraknya 1.8km..jauh tu


Staf yang guide visit tu pun nenek ni..tengok lah lah..bagus kan? Penerangan yang sangat saintifik..hehehe

Lepas dengar nenek tu explain everything, kami pun di bawa turun aras demi aras..



Spiral staircase
Kat sinilah terletaknya Underwater Observatory (UWO) tu





Perjalanan dari jetty menaiki tren ke UWO mengambil masa 45 minit. Memang slow sebab tren yang panjang tu ditarik menggunakan kepala keretapi yang enjinnya ala-ala lori mini. Tapi still lagi laju dari orang yang berjalan kaki yang pasti nya..hehe..Sampai sana, tour untuk UWO tu mengambil masa dalam 40 minit. So kalo kita bosan ke apa, still tak boleh balik sebab kena tunggu tren tadi sampai semula. Memang sejuk nak beku dok kat luar tu tunggu. Angin bertiup kuat sangat. Kalau nak jalan kaki memang tak larat berbaloi sebab dah bayar tiket tadi kan..Nak tak nak kena lah tunggu juga..So, kami memang buang masa kat sini. Selesai semua kat sini kami cari tempat nak berkelah sebab bekal makanan memang dah siap-siap masak pagi tadi. Hujan renyai-renyai, so memang kena makan kat tempat beratap. Angin pun bertiup kencang, memang makan ala kadar cepat-cepat2 je sejuk punya pasal.


So harini memang tak sempat nak pegi Cape Leeuwin sebab perjalanan ke sana akan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit mengikut GPS. Kami keluar dari kawasan Busselton Jetty ni pukul 3 petang. Perjalanan seterusnya ke Augusta Escape dan kami tiba jam 5 petang- memang ngam-ngam masa Cape Leeuwin lighthouse tu tutup..Konon-konon nak tengok sunset kat sana tapi disebabkan hujan tak nampak apa lah...So balik semula, masak dan rehat-rehat je malam tu..

End of part 3 ("_")

Saturday, November 29, 2014

Labuan Smart Reader Kids : Damya Hannah the champion!

Alhamdulillah..syukur.
Hari ni merupakan Concert and Graduation Day Smart Reader Kids Labuan. Mya buat persembahan lagu Nora, Desa Tercinta. Sejak lepas raya dah sibuk practice menari lagu ni. Balik rumah asyik suruh papa on youtube lagu ni berlatih menari sorang-sorang.

Kami ke Australia pada 9-17 November 2014, balik je Labuan sebenarnya Mya ada final exam Smart Reader Kids. Aduh..dah la soalan exam dia susah juga. takpe lah. Yang penting Mya pegi exam. Teacher Fiza guru kelas Mya tiap-tiap hari pesan dan bagi point untuk Mya study dekat Whatsapp, so mama dan papa bersungguh-sungguh ajar Mya malam-malam..takpe Mya, mama dan papa pun tak harap apa sangat, cukup Mya pegi sekolah dan dapat ilmu. Ye lah sebab dah seminggu ponteng mesti susah nak jawab exam nanti, orang lain sungguh-sungguh buat revision ko pi bercuti yek...hehe

Sampai habis exam, mama tak tau juga result exam Mya. Sebabnya, mama tak sihat, nak hantar Mya naik sampai ke kelas macam biasa, dan selalunya Abang Haziq yang naik hantar dan ambil adik dia dari kelas.

Sampai semalam, sehari sebelum konsert, mama still tak tau pasal result Mya. Actually result diorang ditampal di notice Board tangga naik ke kelas tu. Kalau Mama hantar Mya mesti mama nampak. Papa tak puashati, terus hantar mesej Whatsapp teacher Fiza, tetiba teacher bagi ni..surprise !!

Tu..tengok.Mya dapat Champion! Happy mom and dad!
 Ini pun papa rahsiakan dari mama lagi, semalam kami ajak bibik pegi tengok konsert Mya, so papa just bagitau bibik, rupa-rupanya nak surprise kan mama..Sampai lah pagi konsert tu, mama Ainul Batrisyia tegur Mya, wish Tahniah dekat Mya sebab champion! hahaha..kelakar terpinga-pinga mama tak percaya..tanya papa baru papa tunjuk result ni..gembira betul mama..Tahniah Mya, nanti mama dan papa belanja Mya hadiah yer..we love you so much!

Konsert Smart Reader Kids (SRK) tahun ni temanya 'Funtastic' so pakaian pun suka hati lah..yang penting funtastic kan..Kali ni diadakan pada hari sabtu 29 November 2014, di Dewan SRJK(C) Chi Wen yang terletak di Bandar Labuan, 8-12tengahari.

Jadi seawal pukul 7 kena datang, bawa breakfast siap-siap, sebab tahun ni takde food provided for parents as we did not pay any ticket for concert as previous years..Tempat duduk pun free seating..ok juga macam ni, baru lah best.

Kat rumah sempat makeup je...

Sampai sini baru sibuk nak ikat rambut, pakai krin (Mya panggil) crown

Dah siap..ehh comot lak maskara makcik
Ok, ni betul-betul dah siap..Mya dengan mak andam aka mama..hehe
Ni dia best awards untuk 4 years old student


Tesengih-sengih Mya dengan principal, teacher Angie
Mya dan Bazlaa' (dapat nombor 2)
ni lah geng Mya.. Bazlaa' dan Ainul-dapat nombor 5


Abang Haziq pun cakap bagus lah Mya dapat no 1 ..haha
 So Mya plan a pakai gown flower girl yang disponsor turun temurun oleh mak sedara Mya, Acu Yann. Crown pulak beli kat kedai aksesori sebab memang dah plak nak pakai crown masa konsert katanya. Muka mama make up kan je sikit-sikit. Kawan-kawan kelas Mya semua dah pakai baju kurung untuk tarian desa Tercinta, tetiba Mya sorang flower girl dengan crown. Alamak..camne ni..takpelah yang penting Mya paling comel.:mode perasantan: hehehe..

Dengan mama yang comot...ehhh mana gambar papa yek

Selesai penyampaian Best student award, tibalah masa untuk tarian Desa Tercinta Mya..amboi comel kemain anak mama dan papa ni..Ada gaya je menari..Lepas tu ada juga persembahan guru SRK dan nyanyian beramai-ramai.Konsert tamat jam 11.30am, awal than expected, macam biasa, dapat something teacher bagi kat semua student, kali ni dapat belon princess..yey..semua happy..

Ni dressing untuk tarian Desa Tercinta... ala-ala nak pergi beraya
Budak perempuan la yang penuh warna-warni..budak lelaki cam biasa cool je baju putih suar hitam pastu bawa cangkul



haha ramai lak yang berminat dengan crown Mya tu

Lepas tu kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang happy..

Ops..abang Haziq pun mama sayang juga!


Wednesday, November 26, 2014

Puff ayam/daging dan kentang

Asalnya anak bujang si Haziq nak makan Apple Pie kat McD, tapi kami dah lama sangat tak pergi McD. Malas pula rasa pergi sana setakat nak beli Apple Pie ni. Mama konon-konon nya cubalah nak buat. Google punye google dah dapat resepi. Cari pastry tak jumpa. Kat sini kalau tak ada kat satu kedai tu tak payah lah nak cari kedai lain memang tak ada nya. Ye lah sampai satu kapal, kalau dah habis tu satu pulau memang tak ada. Tangguh punya tangguh sempat lah Haziq makan dua tiga kali Apple Pie McD tu...huhu..kemudian baru lah terjumpa pastry jenama KAWAN ni. Tak jadi lah Apple Pie Haziq, jadi puff ayam mama je..hehe.. ni resepi nya..buat suka hati je..menjadi jugak..best pastry ni, rasa ranggup sangat!

Bahan-bahan untuk inti :
2 biji kentang bersaiz besar (dipotong dadu)
100 gram daging kisar ( nak guna ayam pun boleh)
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar bawang kisar ( bawang merah + bawang putih)
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
Air
Garam
Gula
Minyak

 Cara-cara :
  1. Tumis cili giling sampai garing, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi .
  2. Masukan isi ayam/daging kisar, kacau dan biar seketika hingga mesra dengan bahan tumisan.
  3. Masukkan kentang ,serbuk kari dan air (sukatan air ialah sehingga tenggelam kentang tadi)
  4. Perasakan dengaan gula dan garam secukup rasa dan gaulkan. Biar agak kering, tutup api dan siap.
  5. *Tip: nak tambah daun sup(hiris halus) untuk bau yang menyelerakan @ganti ayam dgn sadin pun boleh
Bahan-bahan untuk kulit
8 - 10 keping puff pastry jenama KAWAN (saiz 4inci x 4inci)
1 biji telur (ambil kuning telur je) untuk menglis

 Cara-cara :

1. Puff pastry ni perlu dikeluarkan 15 minit sebelum boleh digunakan. Kalau tak nanti keras dengan ice susah nak lipat.
2. Potong puff pastry ni kepada dua bahagian menyerong supaya menjadi bentuk segitiga.
3. Kemudian, gelek dengan roller supaya puff pastry ni jadi besar sikit. Senang sikit nak isi inti.
4. Masukkan inti sebanyak mana yang muat. Jangan banyak sangat nanti susah nak tutup.
5. Tutupkan kemudian picit-picit bahagian tepi supaya bertangkup elok. Tekankan dengan garfu.
6. Bakar dalam oven pada suhu 200oC selama 25 minit.

Selamat mencuba...Sorry lah kualiti gambar tak elok, sibuk melipat dan menggelek pastry...hehe


Monday, November 24, 2014

Time for movie ?

 


 Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day (2014)

Kami sekeluarga suka tengok movie ni...Selalunya kami akan  tengok movie yang sesuai untuk semua lah atau pun sesuai untuk anak-anak. Mama dengan papa masuk je lah tengok cerita kartun pun boleh lah. Tapi kat Labuan yang indah permai ni tak ada TGV ke GSC ke apa pun  tak ada. Jadi kalau nak sangat tengok, kena lah pergi KK.

Cerita Alexander & The Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day nampak macam menarik tapi bila nak tengok ni.Hmmm, semester baru 2 hari buka hahaha tak kan nak ambil cuti lagi..Harap-harap lama lah cerita ni bertahan sempat kami pergi KK.

Nuffnang ada buat premiere screening dengan contest cerita ni kat sini.

Part 2 : Inspiring destinations down under the Australian sky


Lake Thetis Stromatolites | The Pinnacle Dessert | Lancelin Sand Dune | Neil Hawkins Park Joondalup  | Mountway Holiday Apartment

Ok, pagi tu lepas solat subuh lebih kurang 4 pagi (syuruk pukul 5pagi..huhuhu) kami tidur balik..ye lah..seawal pukul 4 pagi nak ke mana ye dokk? Yang sebenarnya kami berdua penat gila..(penat tak sudah..dah nama pun travel kan?hehehe) Cuaca pun sejuk betul malam hingga ke pagi tu..kami semua tidur satu bilik je..amik tilam single anak-anak bawa ke bilik master sebab diorang takut nak tidur kat bilik lain..

Setel sarapan roti dan pastry sahaja (beli di Danish Patteserie semalam), makan roti, minum susu dan makan buah-buah saja.. Nasi lemak masak untuk makan di Joondalup jap lagi. Actually nasi lemak ni kami masak sebab memangd ah plan nk masak kat sana. Rice cooker memang kami bawa dari malaysia, sampal tumis precook bawa juga dari Malaysia, masak sambal tumis kosong, pack comel-comel then label. Sampai Perth declare je, alhamdulillah selamat. masa nak makan tu tambal ikan bilis dan air, panaskan sampai kering sikit, goreng telur mata, ikan bilis dan timun..tadaa..siap dah lunch kami.

Trip kami pagi tu bermula dengan meronda kejap di kawasan Pekan Cervantes, takde apa sangat pekan ni, restoran fish and chips, pizza, pejabat pos, kedai runcit dan beer store heehe .memang kecil betul pekan ni. dekat jalan utama ada petrol pump.
Cervantes..kalau korang google steet tempat ni, memang exactly beginilah rupanya..
 Lepas pusing seround Cervantes kami bergerak ke Petrol pump kejap, isi sikit sebab takut tak jumpa pump on the way nanti, rupa-rupanya banyak pump on the way tu. Harga paling mahal setakat yang kami jumpa iaitu AUD1.59 seliter. Isi AUD30 naik quater je meter. Pitam..
Isi minyak..terjojol mata tengok harga petrol, bila convert RM nak nanges rasa..

Then kami proceed ke Lake Thetis yang terletak 1 kilometer away from Cervantes. Dekat je, 4 minit je dah sampai. Ada apa kat lake ni? Ok, ni info yang kami dapat dari website dia.

Secara ringkasnya stromatolite ni ialah living fossil hasil dari pembentukan mikrobs dari spesis cyanobacteria. Kalau yang ada di Lake Clifton tu namanya thrombolites, lain pulak kisahnya. Kami tak pergi ke Lake Clifton.Cukup la satu ni je.

"Just over 1km from the centre of town (off the Hansen Bay Lookout Rd) lies Lake Thetis. It is estimated the lake became isolated from the sea about 4800 years ago when sea levels dropped and coastal dunes formed around the Lake.
The lake is one of only a few places in the world with living marine stromatolites, or 'Living fossils'. The microbes that build stromatolites are a species of cyanobacteria and are similar to those found in 3500 , which are the earliest record of life on Earth. The lake's stromatolites that look like rocky lumps have been dated to about 3370 years old. Stromatolite communities grow as the this layer of bacteria on their surface deposit calcium, cementing sediment into bulbous structures. Blister mats of cyanobacteria can also be found growing on the margins of the lake in the flood zone. These mats are sensitive and easily disturbed.
The stromatolites are easily accessible during the drier months when the water level is at its lowest. The best examples can be found at the south-western edge of the shoreline but they are brittle and visitors are asked to look, but don.t touch.
Lake Thetis is isolated from major surface drainage and is fed by groundwater flow. The only loss of water comes from evaporation. It is a saline lake but there is no evidence to suggest the lake has a connection to the sea. The water level fluctuates around average sea level but doesn't appear to reflect tidal variations. The lake levels follow trends more closely related to the rainfall for the area.
The lake water is alkaline and nutrient poor but provides an ideal environment for bottom dwelling microbial communities. The lake contains some small fish, amphiods and a few crustacean species adapted to living in highly saline environments.
The circumference of the lake is only 1.2 kilometres and provides an interesting and enjoyable walk. Please stay on the path provided. Enjoy an easy 1.5km loop walk around Lake Thetis and gain an insight into what life was like at the dawn of time.
Like the famous stromatolites of Hamelin Pool, in Shark Bay, these rock-like structures on the edge of Lake Thetis are built by micro-organisms too small for the human eye to see. Within the structures are living communities of diverse inhabitants with population densities of 3000 per square metre!
The thrombolite-building micro-organisms of Lake Thetis resemble the earliest forms of life on Earth. The discovery of modern examples helped scientists to understand the significance of micro-organisms in the environment and unravel the long history of life on Earth. Today living examples of these once completely dominant organisms are restricted to only a few places.

Walkway to the Lake Thetis
Kemas je kawasan ni terjaga
Sampai dah Lake Thetis

closed up stromatolite


Terjumpa caravan.. macam best je
Setel di Lake Thetis, kami proceed ke The Pinnacle Dessert yang terletak lebih kurang 17km dari Cervantes. Di sini kami spend masa lebih kurang sejam. Cuaca agak panas, tapi angin yang bertiup sangat sejuk. Jadi secara tak sedar kami sedang membiarkan kulit dibakar secara tak sengaja..tapi dah sapu sunblock ni..hehehe..Pemandangan di sini memang sangat menakjubkan.Subhanallah!

 Enrance fee AUD12 per vehicle. Korang boleh baca info yg kitorang snap kat situ. Kat sini ada drive atau laluan kereta yang kita akan ikut dengan batu-batu sebagai penanda. Tiba di point tertentu kita boleh park kereta, amik gambar dan jalan balik. Sampai lah point terakhir dan keluar dari kawasan The Pinnacle ni.

OK, layan lah gambar-gambar posing sakan kami ni yer..





















Tengah-tengah memandu di The Pinnacle Drive tu, tetiba nampak emu bird ni..berlari-lari dia nampak kereta we all. Comel kan..ada lah dalam empat lima ekor gak masa ni...melintas cari makanan di padang pasir yang panas ni..ada apa ek?
 
Perjalanan diteruskan ke Lancelin Sand Dune yang terletak lebih kurang 80km ke arah selatan.
Sepanjang Indian Ocean Highway korang akan jumpa sign board untuk masuk ke arah Lancelin. Cari Lancelin small town, dan google for 'Have a Chat Store'. Kat sini u all boleh sewa sand board, kalau taksilap AUD10 per board, deposit AUD50. Nanti dia akan bagi wax (lilin) skali untuk disapu pada board tu supaya licin dan lancar.

Drive dlm 1km, jumpa lah sand dune (gumuk pasir) ni..Masa mula-mula tengok tu, subhanallah..sangat kagum dengan kebesaran Allah..Di tengah-tengah penempatan manusia, beberapa km dari pantai ada padang pasir yang kecil ni. Boleh drive di kawasan ni, tapi sila berhati-hati kalau kereta u all rendah takut tersangkut pada pasir yang sangat halus tu. Di sini tak de trek macam di The Pinnacle Drive tu, so kena agak-agak sendirilah jalan mana yang ok untuk dilalui.

Kami sand surfing di sini lebih kurang 1 jam juga. Tak larat nak lama-lama..Masa ni pukul 12 tengahari..haaa ambik ko..main di padang pasir tengahari buta..heheheh..tapi angin yang bertiup sangat sejuk..walaupun matahari terik memancar di atas kepala.

Sempat lah juga 2-3 round sorang sambil menjerit-jerit dengan anak-anak..hehehe..

Ok, gambar sangat cantik, sebab cahaya sangat terang masa ni..
Mya pun nak cuba meluncur

Mama and kids berposing sebelum meluncur

Larat takkorang nak panjat gumuk pasir ni 5-6 kali?

Kat hujung sana ada satu family tengah meluncur pasir juga..

Posing lagi..langit sangat stunning masa ni..

The kids..getting exhausted already..

Model padang pasir sekeluarga..hehehhee


     
Kami bergerak lagi ke arah selatan untuk menuju ke arah Perth CBD.Kalau ikut itinerary, kami stop untuk lunch di Joondalup, Niel Hawkins Park. Masa set di GPS, nak ke taman ni, kami agak confuse sebab dalam GPS takde pulak park ni. So kami pon try and error ajelah, alhamdulillah, terjumpa juga.

Kalau korang nak ke sini, kena cari betul-betul sebab park ni terletak di tengah-tengah kawasan perumahan.

 Selain daripada tu,Niel Hawkins Park ni sangat terkenal dengan populasi burung yang beribu-ribu lemon.  Sebabnya, kedudukannya yang hampir dengan tasik. Kami memang dah plan nak bagi burung makan. Plan je..tapi makanan tak beli pun ..hehehe..mahal weh..makan burung je AUD10..hahaha..kedekut. cadangnya, nanti dah sampai kat sana, mengendeng-ngendeng lah dengan manusia-manusia yang baik hati yang bagi makan burung nanti.


Kat taman ni memang banyak sangat burung, tapi sebenarnya, bird feeding ni ialah perkara yang dilarang di sini. Masa sampai di sini baru kami tahu. Tapi dah alang alang sampai kami bagi juga burung makan. Antara reason larangan bird feeding di sini ialah pihak berkuasa tak mahu burung-burung di sini menjadi spoil dan malas mencari makanan sendiri, menunggu diberi makan sahaja. Selain daripada tu mereka tak mahu burung-burung ni yanga da di antaranya mempunya penyakit akan menyebabkan kita terkena penyakit tu semasa dipatuk di tangan ketika memberi makan.


Selesai kami makan nasi lemak dalam kesejukan, (betul ni, cuaca sejuk masa ni, walaupun dah hampir ke summer ) anak-anak pun bermain kejap di playground sebelum masing-masing sangat teruja nak kejar burung, itik dan lain-lain hidupan di sini..

 Yang kami nampak masa ni, ada seorang budak lelaki dengan ayah dia dalam lingkungan 5tahun sedang bagi makan burung, tengoklah gambar tu..comel kan budak ni. Dia duduk di tunggul pokok yang dipotong menjadi seperti kerusi dan dia dikelilingi burung..




Niel Hawkins Park yang terletak di tepi tasik juga terdapat beratus-ratus ekor itik liar yang comel..bestnya..

Haziq bawa roti pun kena kejar dengan burung..tengok tu
Kalau korang rajin boleh baca info tentang perubahan musim di sana..yang aku nampak tu Birak, Bunuru, Djerin, Makaru Djilba dan satu lagi Kambarang. Ni bahasa orang asli depa la ni, nak tau lanjut korang baca sendiri eh..hehehe..
Papa yang suka shot gambar flora dan fauna..cantik sangat burung merpati sebab cukup lighting dan orang yang ambil gambar tu pun terror..hehehhe..motif memuji diri?
Nampak ni..dorang berdua ni tengah nak mengejar angsa liar ni..taktau apa dosa dia, hehehe
Ok, kalau rajin, klik dan baca info di sini..
Mya dengan sea gull..
Burung ni ada di mana-mana sahaja masa kami di Perth, sesuai lah jadi maskot.
Flamingo..cantiknyer....
Encik Seagull yang berposing
Ada sorang perempuan ni bawa makanan burung satu beg besar..tengok tu..semua mengadap ke dia, termasuk Mya eh?
Terjumpa sorang akak ni bawa a bag full of bird food..apa lagi budak-budak ni pun mintak lah sikit..tapi masa nak ambil tu, penuh burung kerumun papa sebab pegang beg makanan dia..tak tahan pegang plastik beg tu, papa pun serah baik dekat akak tu..abis atas bahu kepala burung kerumun.
Haziq dah dapat segenggam mula lah bagi beburung ni makan..

Ok..lai lai..abang banyak kuaci ni
Puas bagi burung makan (satu pengalaman baru yang tak pernah rasa kat temnpat lain)..beramah mesra dengan burung, kami pun eeninggalkan Niel hawkins Parks dengan seribu kenangan yang akan sentiasa terpahat di ingatan..insha Allah ada rezeki nanti anak-anak pula bawa mama dan papa ke sini bila besar nanti yer.
 Siap di sini, kami pun bergerak ke arah CBD untuk mencari hotel kami pada malam kedua iaitu, Mountway Holiday Apartment. Apartment ni terletak di Mount Rd hampir dengan Kings Park.

Set di GPS, kami pun bergerak. Dah dekat dengan pusat bandar, jalan sesak teruk juga. Sebab masa ni dalam pukul 4petang. Dah dekat area Mount Rd tu, boleh pula kami sesat dan berpusing beberapa kali.. Aduh..GPS tak tetap iman sangat sebab masa ni banyak bangunan yang tinggi. Kejap-kejap hilang signal..sebenarnya tempat tu dah dekat tapi dia dok ajak kami memusing di engah bandar yang sesak dengan manusia yang baru balik kerja..Dah la penat melekit, lapar..pening..akhirnya jumpa juga kami apartment. Dapat kunci, masuk mandi siap-siap nak cari makanan. Konon-konon nak jalan kaki je..tah macamana sesat pulak dalam kesejukan petang tu. Last-last, balik hotel ambil kereta set GPS cari supermarket Rise yang terletak di Adelaide Terrace depan Aries Car Rental. sebab apa senang nak ke sini? sebab kedai ni memang sah ada jual daging dan ayam halal..hehehe..set Home dekat GPS dalam 10 minit je sampai lah kami ke supermarket Rise.

Beli daging sikit, ayam sikit malam masak nasi goreng, spageti dan siap sekali makanan untuk breakfast dan lunch keesokan hari dalam perjalanan ke Augusta..

Ok, end of  2nd day, bersambung ke entry hari ke 3, part 3. Bye semua, tq sebab sudi baca blog kami.